Thursday, December 13, 2012

Fieldwork di langkawi

Salam..aku dah selamat pulang dari bumi langkawi.malangnya aku terus demam.sakit tekak.selesema..pakej ya.sabar jela.
Apa yang aku buat kat sana? Banyak ya kanak-kanak..nah aku senaraikan :
-lawatan eia di kilang simen
-lawatan cerun tapak kondominium tldm
-lawatan eia kilang udang
-lawatan penambakan laut
-pengambilan sampel air dan benthos
-lawatan eia kereta kabel

Nampak..penat tak penat. Tu belum lagi kena jalan kaki pergi temuramah penduduk kampung untuk impak pembinaan kilang simen dengan jarak 1-5km.
Langkawi memang panas..sangat2..tak tahan aku.minum air bergelas-gelas..
Aku rasa aku dah cukup pakej keliling pulau langkawi tu.semua ceruk aku pergi untuk laporan eia ni..
Shopping jangan cerita la.semua tempat aku pergi.hehe..borong usah cakap la.
Ok la.en suami dah balik..faham-faham ya.sekian..

Buat proposal thesis

Hye kawan-kawan.dah selamat chek in bilik.pukul4 pg tadi bertolak dari seremban.mengantuk jangan cerita la.tahan je ni.rasa nk lempang-lempang muka sendiri.
Haisshh..entahla.banyak sangat tajuk thesis yang aku minat nak buat.dan boleh dikatakan isu yang aku buat agak menarik la.
Sengal kan aku..tajuk banyak tap nak fokus tu.hmn..



Sunday, November 25, 2012

Jadual aku

Salam.. Baru selesai buat 2report.alhamdulillah..3lagi bakal menyusul.hehe..meh semak jadual aku ye kawab-kawan..

26.11.12  appoinment dengan doktor
30.11.12 apoinment dengan doktor
30.11.12-2.12.12 pergi gambang pahang.hari keluarga dan inovasi jab penerangan negeri sembilan.
6-9.12.12 fieldwork langkawi. Report marin
15-16.12.12 fieldwork ke melaka utk pnyelidikan
22-29.12.12 study week

See..banyak kan..tap ada gap yang sebelum 22.12.12 tu aku mungkin akan ke johor untuk buat report kualiti udara..
Jangan ingat ibu mengandung 7bulan tak mampu kerja merata okeh.hihi.
P/s : prof suruh kautim dengan baby.kalau lepas habis exam,nak keluar  pun keluarlah..hehe..

T.T   minta-minta lah duit tajaan cepat masuk.makin bankrap aku rasa.bukit kalau selalu ditarah,gondol jugak kan..faham-faham sudah.

Saturday, November 24, 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa

Salam..
Macam biasa aku kan pjj dengan suami.seminggu jumpa 2hari je.tu pun kalau masing-masing sibuk dengan outstation ke..buat fieldwork ke..tak jumpa la jawabnya..hari ni suami puasa sunat.mula-mula aku join jugak.sebab tak sahur.dengan mengandung.pukul1..rasa lemah dah.aku terpaksa berbuka sebab baby.tak kan la aku nak jual ikan kan?kesian anak aku ni.hihi
Minggu lepas aku dah sakit 3hari.terbaring tak bangun.bila jadi macam tu..suami aku lah..sedih muka dia.aku pulak jenis degil tahap maximum.aku tak nak duduk hospital.duduk wad.tolonglah.aku sanggup tahan sakit dari aku kena warded.gila tak gila aku kan.
Ni sakit dah datang balik.ya..salah aku jugak.biarlah..demi baby ni.aku sanggup tahan sakit.sebab kalau aku ambil painkiler..memang akan effect kat baby.ya allah..andai ini mampu menghapus dosa.aku redha.

Thursday, November 22, 2012

Fieldwork

Salam..
Hai semua..lama tak post.setelah bercuti seminggu..kembali ke  ukm tercinta.haha. .cinta la sangat kan.cuti seminggu..misi nak buat kerja.last2 aku terbaring 3hari sebab sakit.hari ke 4 aku gigih kuatkan badan nak buat kerja.sedih sangat bila kerja terbengkalai.tak pelah.mungkin allah nak aku ambil kesempatan yang ada untuk berehat.hari terakhir cuti,suami bawa bercuti d thistle resort and spa.suami nak aku release tension.thanks suami tercinta.. Al-maklumlah..kelas aku sangat penuh.tugasan jangan cerita la.sampai satu tahap aku rasa tak kuat.dengan pengajian..sakit.tapi alhamdulillah..aku redha.anggap itu hanya dugaan kecil untuk menguji aku.semangat yang tak putus-putus dari suami tercinta.yang jaga aku..ya allah..terima kasih atas nikmat ini..
Berbalik pada cerita fieldwork..aku baru pulang dari fieldwork kat tasik chini.indah ciptaan allah..subhanallah..cantik tasik tu tau.aku pergi sana sebab melawat tapak projek pembinaan makmal.so,tugas aku adalah untuk buat report.tengok keadaan tanah,sampel air. Berlumpur kasut aku.maaf..safety boot xmuat.hehe..masih lagi gigih nak buat report.aku ada lagi beberapa report kena siapakn..pelan pembinaan medan selera..safety workplace report lagi.cekal tak cekal la kan..
Lepas ni akan ke langkawi untuk report mikrobiologi pula.lepas tu ke nusajaya johor untuk report.kali ini impak pembangunan.tau legoland?kat situ dan kawasan sekitar kena wat kajian.yang tu kena bentang report kat sana.
Lupa pula suami ajak pegi gambang.dia outstation.ok la kot.teman tap aku buat kerja aku lah.propasal beb..balik langkawi kena present. T.T  



Thursday, November 8, 2012

Sakit

Ya allah..dah 2hari sakit kepala.migrain kot.rase letih sangat.semalam lepas balik dari lab terus tidur.sakit sangat.kalau sujud.rase otak cam bgerak kot.tekan ke mata.rasa nak tercabut bebola mata.sebelum ni aku dah mula muntah2 dan rasa loya.tak tahu la nape..masih belum sembuh ni.
Nak cakap stress dengan report..xjugak sebab dah banyak yang settle.tinggal sikit je lagi.insyaallah boleh siap.ya allah.jika sakit ini penghapus dosa..aku redha..

Friday, November 2, 2012

6 bulan

Alhamdulillah..dah 6 bulan 3hari usia kandungan.makan pun semakin banyak.tak macam sebelum ni. Cuma sama je kalau nasi berlauk,memang lambat la nak makan.loya.tapi kalau yang bergoreng.habis je.hehe.. Demand anak aku ni.tak pela sayang..janji sayang membesar dengan sihat,cukup sifat dan sempurna.mama dan papa  dah cukup syukur pada allah..
Baby pun aktif..lebih-lebih lagi dalam kelas.kalau nak masuk pagi..lagilah.. Pernah aku mengantuk sangat..subuh baby tendang suruh bangun.terkejut mama tau.hehe..
Kerja report macam biasa lah.makin bertambah ada la.aku rasa memang sangat penuh dengan report.tapi aku suke..hehe..kesihatan alhamdulillah..aku memang kena kuat untuk baby tersayang.kalau sakit pun aku sanggup tahan.kejang kaki adalah perkara biasa.cuma sekarang ni makin kerap pula kuku bertukar warna..harap semuanya ok la sampai aku melahirkan baby ni..
Ok lah..kejap je aku menepek kat blog ni.banyak perkara perlu di dahulukan.sekian..

P/s: doakan kami ya.. ;)


Wednesday, October 24, 2012

Coach wanita

Halu..halu..
Update fresh dari ladang..hihi..ni aku update dari dalam ktm.coach wanita.
Hmm..mengenai coach wanita.aku rasa macam iklan kerajaan atau orang malaysia ni tak pandai mengeja ke..membaca ke..tak tahu la hai..oleh kerana aku malas atau senang cerita nak jimat kos tol dan minyak kereta..makanya haruslah aku menggunakan khidmat keretapi tanah melayu dari seremban ke ukm.
Memang nampqk sangat.dalam coach wanita ni..ramai je kaum lelaki yang buat muka tembok duduk dalam coach wanita.siap buat muka tak bersalah kan.lain la kalau kau pakai tudung ke,skirt ke..kemban kain batik ke..oppss..terlebih sudah.so,nampak sangat lah pendekatan coach wanita hanya untuk wanita kurang berkesan.lagi kat situ ada highlight.beri tempat duduk pada yang memerlukan..macam tak berkesan juga.contoh nya..aku bagi kes aku jela.pregnant women dengan kandungan hampir 6bulan.dah nampak perut tu.tap boleh pulak pakcik,mamat dan gadis ni tengok je perut aku dan pura-pura tidur.see.. What the fish sungguh la.kalau tak kesian kat aku no..kesian jela kat auntie2 or nenek tua tu dik..hmm...dan dalam kes aku..agak memalukan bila orang melayu sendiri pura-pura buat tidur sedangkan ada seorang lelaki cina berikan aku tempat duduk.
Nampak tak..tu semangat 1 malaysia dan juga lelaki cina tu baca.beri tempat pada yang memerlukan.kalau aku tak mengandung,aku pun tak kisah tak dapat tempat duduk.
Wahai rakyat malaysia..macam-macam iklan yang kerajaan buat.tapi tak terkesan di hati anda.anda harus ingat.roda itu bulat.anda belum tentu selamanya diatas.mungkin di kala anda sihat,anda tak nampak apa yang ingin disampaikan.tetapi bila anda sakit,tak larat.anda akan faham mengapa perkataan memberi kepada yang memerlukan itu penting.
Sekian.. 
P/s :habis mengomel..alhamdulillah..lagi 1 stesyen sampailah aku ke destinasi. ;)

Thursday, October 18, 2012

Kesakitan..cepatlah habis clas

Jumaat..clas seawal pukul 9 pg.semalam aku diserang sakit melampau.sampai nangis woo..huby berkeras nak datang ambil.tapi aku tak bagi sebab hujan lebat.tak tau la nape.makan pun tak de selera.baby aku pun maybe terasa sakitnya.kuat dia tendang.malam tadi just makan bubur dengan horlick.tak abis pun.aku siap bagi zaris supaya habiskan.
Bukan aku tak nak ponteng clas.tap sebab sayang.aku suke subjek law tu.ni aku tunggu clas petang.kalau agak tak boleh tahan,aku cabut balik la.
Dah la aku banyak kerja tak siap.mana ade field work lagi.nak tak nak aku kena kuat.habiskan semua kerja. Ya allah..jika sakit ini penghapus dosa..aku redha.

Thursday, October 11, 2012

Banyak yang perlu dibincangkan

Hmm..tak sabar jumpe encik suami.esok selepas kelas,ambil suami di stesyen ktm ukm.sebabnya nak hantar kereta ni balik seremban untuk servis.yela.tiba-tiba hari no 3x mati enjin.haruslah takut kan.
Aku dah dapat block date untuk field work.2-4 nov insyaallah akan ke nusajaya buat kajian.ni pun tadi dapat peta.nak buat predict impact untuk projek di melaka.minggu depan ada 2 SIA or social impact assessment nak kena hantar.haduii.. Lagi dapat berita akan ke tasik chini untuk kajian. Kajian di langkawi pula tak tahu la bila tarikh keluar.
Lagi esok prof nak tanya mengenai akta 172.matilah aku tak habis study lagi.perancang bandar dan desa.pening-pening.
Hmm..ada lagi.oleh sebab penyakit aku.ade potensi aku akan menjalani op.baby..kt xnak op kan?kt kena kuat sayang..so..bulan depan mungkin doktor akan check lagi.harap semua baik ya.sebab bulan depan jadual penih dengan field work.aku kena alert dengan appoinment aku dengan doktor.ya allah..kau permudahkanlah segalanya bagi ku..


Monday, October 8, 2012

Aku dan hari ini

Salam.
Hari ni penat sangat sebab awal pagi ade chekup baby.subhanallah..dengar bunyi heart beat baby..kemudian scan.nampak..tapi masih tak tahu jantina.habis je chekup..terus pergi buat medical chekup.doktor masih membebel..hari ni result darah tak best.sbb dari 13 turum ke 11.7  hehe..amek kau..dapat stok bekalan ubat.hmm..
Selesai urusan,balik rumah ambil kereta dan drive ke ukm.hantar kereta sebab dah tak tahan.tapak kaki sakit dan bengkak akibat berjalan..berdiri.mungkin sebab aku ni juga penghidap talasemia..hmm..sebab tak larat nak berebut naik bas dan berdiri.mungkin perut aku kecil.so tak ada yang perasaan aku mengandung.tak pela. . .sabar jela.oh ya..suami follow sampai ukm.kemudian aku balik semula ke seremban sebab nak uruskan dokumen tajaan tu.insyaallah mingu depan aku balik lagi untuk 2 lagi tajaan yang lain.doakan aku berjaya ya.
Lecturer iaitu ketua fac pulak suggest aku terus sambung phd.ermm..bersedia kah?insyaallah akan difikirkan. Oklah.esok ade class pagi.kena bagun awal sebab nak kejar komuter.
Gud nite..salam

Sunday, October 7, 2012

terima kasih ya allah

alhamdulillah...
selepas berjaya mendapat biasiswa dari kementerian pengajian tinggi, sekali lagi permohonan tajaan aku berjaya..sangat-sangat gembira.alhamdulillah..alhamdulillah..so,setiap minggu memang aku kena balik untuk uruskan dokumen-dokumen yang diperlukan. cukup rasanya untuk kajian dan makan aku di luar.memang lah aku sudah punya suami. tak salah kiranya aku mengurangkan beban suami. boleh juga kami menyimpan untuk menyambut bakal zuriat kami.insyaallah awal tahun depan.
 alhamdulillah juga sebab dah selesai proses pengubahsuaian bilik. tambahan bilik tidur. tak kan nak post gamba bilik tidur kan..ia adalah privacy kami.memang penat.rasa nak patah pinggang sebab semalam, lepas sampai je dari jodoh..suami teringin nak makan sup ayam.buatkan sebab kesian suami drive sorang-sorang sedangkan aku membebel kat sebelah.hihi.. suami siap warning supaya tunggu dia bangun tidur.baru proses mengemas boleh dibuat.nama pun orang degil kan.suami tidur,aku senyap-senyap keluar dan cuci kereta aku.lepas tu aku cuci bilik.suami dapat tau..makan bebelan la kan.hihi..
hari ni pula aku dan suami mengemas bilik yang lama.hadui..pening kepala tengok barang sampah suami..2plastik hitam besar sarat dengan sampah baang-barang suami..sabar jela kan.
sedang aku kepenatan.biasala..habuk itu bolehmenyebabkan aku tak boleh bernafas.rehat atas katil (lupa..semalam curi-curi makan kacang..kena attack la)..so..sementara encik suami mengemas..aku layan feeling ala-ala mem besa dalam bilik.bila dah siap kemas..mak aii..suprise sebab ade gamba aku kat meja solek la.kat tempat charger la..hihi..takut rindu bila aku balik la tu..hihi..mumy pun rindu dady tau..sedih pula sebab esok nak berpisah..berpisah seminggu rasa cam setahun.hihi..hebat kan penangan cinta selepas nikah.tersangat indah dan halus perasaan tu. alhamdulillah sebab allah menguji kita.terima kasih ya allah atas rasa kasih yang diberi.rasa cinta kepada suami..ya allah..aku harus kuat untuk suami..untuk anak kami.
esok pagi ade chekup baby dan fully medical chekup untuk aku.doakan kami ya.. mata pun dah berat..cukuplah sampai sini..saya undur diri..salam

Aku..baby dan medical chekup

Sekadar entri pendek.
Esok ade chekup baby..lepas tu medical chekup utk aku pulak.doakan kesihatan semakin baik ya.harap juga doktor kali ni xkasar cam yang dulu.

Wednesday, October 3, 2012

Suh huby msok mesin bsuh

" pepagi masuk pejabat suami.nak jumpe pengarah dia.pastu bergegas g kelas pulak.dah pergi..prof kat penang.tgok struktur jmbatan penang..haduuii..ponet je de bgogas hah.makan 2biji kacang.terus dada sakit.hah..tu la.dogil.tak mulih makan kacang nak jugak.nasib xsesak nafas.siapa nk bg i cpr??hehe..nasib badan la kan.aku mang tak boley mkan kcang skrng.mest auto gear sesak nafas..sakit dada tu secara berpakej datang..ok2..meh sambung tajuk diatas.ni berkenaan denhan kiriman sms..korang baca jela ue.
"cayang..nant lik kije tanggal sume.pastu msok mesin basuh tau.huny nk mand n solat dlu".

Tu mesej aku hanta kat huby mase aku terkocoh balik dari kuliah.penat kau.sampai salah anta ayat mesej.
Lepas tu ak anta second mesej dan bgtau camni :

"bukan cayang tau.tap baju koto stokin dan sewaktu dengan nya"

Haa..gelak kan aku la tu. Gggrrr...

Ni kes masa huby aku ambil aku kat stesyen ktm.ak kan nantok..ak msj dier.. :

"tiroi..tiroi..next stesyen labu..
Labu..labu..mind your own step"

Laki aku reply masa ak ckp dh dekat seremban : "mana cayang ni?b da bjemur cam ikan kering nih"

Spontan teros aku gelak..aikk.huby ak naik keta.tu pun da jadi ikan kering ke?tetiba kat kepala terbayang suami dijemur cam ikan kering tepi pantai..hahaha..gle sengal ubi aku pk kan?maaf en suami..

Dari berempat tinggal berdua

Salam..
Hye..mood kelaut pulak.sebab?simple je..lecturer xinform class tak de.hmm..sabar jelah.lagi tadi dapat brita..cos yang aku ambil iaitu penilaian impak sosial dan sekitaran ni..dari 4 orang yang ambil..tinggal aku dengan chris je.sebabnya budak 2 orang tu tak sanggup nak ambil dan teruskan sebab susah.sebab mereka xde asas.
Nak cakap pasal asas.aku dengan chris pun bukan background dalam fizikal dan impak.mungkin sebab minat.sebab tu aku ambil.tak pela kan..reason mereka cakap aku lecturer..chris pulak tutor..hmm..ade kena mengena ye. Ya..aku kena kuat walau cos aku tak ramai berani nak ambil.bebudak 2 orang tu tuka cos ke pembangunan sosial.hmm..xpela.doakan aku berjaya habiskan cos yang aku ambil ni secepat mungkin dengan cemerlang ya.buat kementerian pengajian tinggi..terima kasih atas biasiswa yang di beri.aku yakin tak kan sia2 kan.insyaallah..

Saturday, September 29, 2012

Busy dengan class

Hai... Salam semua..
Lama tak update kan?sebab sibuk..almaklumla.mak buyung nk bawak perut pergi clas.tanggungjawab as wife. Sem ni je ak ambil 6 subjek.untuk program master..kena kental la kan.dengan kajian..kerja luar.tugasan..1subjek je ade 3 lecturer.basicly 3lecturer akan beri 3 tugasan yang berbeza. So korang boleh calculate sendiri berapa tugasan aku. 6x3xx3:36 beb..lagipun cos yang aku ambil agak baru.kami student pun 4 org je.dengan aku stay kat hostel.tingkat 5 kau.ak dan zaris je budk master sbb level kami hanya untuk pelajar suksis..kajian air pun ak tak mula lg.kajian penyelidikan..ak takde idea ni.rasa macam nk buat pembangunan dan kesan kpd persekitaran.
Minggu lepas masuk makmal kualiti udara.air dan bau.dengar cerita untuk kajian kualiti ni buat kat langkawi..aduhai..banyak nya kerja..hmm..scholarship pun tak masuk lagi.simpanan ke korea terpaksa di dahulukan.tak pelah..demi apa yang diidamkan..esok nak balik ambil kereta sebab tak larat ditolak untuk naik bas ke fakulti dan maybe perut 5bulan tak nampak lagi..naik bas or tren pun tak dapat tempat duduk..tak pelah baby ku syg..kt kuat kan..oklah..penat travel hari ni dan semalam tak habis lagi..perlu rehat yang cukup.beransur dulu ye.sekian..




Tuesday, September 4, 2012

Mereka juga manusia

Salam..
Bersua kembali..baru-baru ni aku ade baca satu blog.bercerita mengenai klinik methadone.ya..klinik terapi methadone yang dah semakin banyak di malaysia ni.methadone ialah sejenis opiat atau bahan penganti yang digunakan oleh penagih dadah yang telah insaf atau kembali ke pangkal jalan.tak semua penagih dadah boleh menggunakan methadone kerana ia di kawal oleh kerajaan dan ia bergantung dengan jenis dadah yang diambil. Dos juga akan semakin berkurangan bergantung dengan kesan kepada pesakit.bagi di AADK..penagih dadah ni dipanggil pesakit.means mereka ni sakit dan perlu dirawat.
sebab itu wujudnya pusat khidmat dan klinik methadone kerana ia adalah salah satu usaha ke arah kepulihan klien.
Kepada masyarakat di luar sana..terutama keluarga pesakit itu sendiri..tolonglah..saya memahami perasaan mereka kerana mereka ada yang pernah menjadi klien saya..mendapatkan kaunseling..jangan dipinggirkan mereka.mereka juga manusia.mereka memerlukan sokongan anda untuk berubah.memang mereka bersalah.tetapi beri mereka peluang jika mereka benar-benar berubah..
Pengalaman saya di klinik.saya tahu lelaki itu pesakit.di kantin saya nampak dia minta air.kemudian kakak kantin cakap xde.lelaki tu pandang muka saya..kemudian dia pergi le arah orang lain dan minta duit untuk beli minuman.malangnya lelaki tersebut hanya ada rm1.saya tak sampai hati..hulurkan duit kepada kakak kantin untuk bayarkan.mungkin bagi pendapat orang lain tak perlu bagi.tap bagi saya mereka juga manusia.sekadar membayar harga minuman dan makanan..anggaplah anda menolong kerana allah.kepada masyarakat diluar sana..jangan mencebik jika orang memberi pertolongan tetapi anda harus malu jika membiarkan anak bangsa kita rosak akibat najis dadah.

Monday, August 27, 2012

Sarjana di ukm

Alhamdulillah..impian nak menyambung belajar tercapai.kali ni di ukm.aku buat master sains sosial major impak sosial dan sekitar.hope boley la bawak perut dan duduk untuk exam untuk sem ni.alhamdulillah..husband banyak support.aku try amek biasiswa.insyaallah aku mampu.
Memula masa aku apply..biasela mesti ade borang yang pihak ukm akan respon samada permohonan lengkap or tak berjaya kan..lama kot aku dok tunggu smpai berhenti berharap la konon kot2 tak dapat..sekali.mungkin rezeki anak kan..aku terus dapat surat tawaran dari ukm..lompat2 wa ckp sama lu..pendaftaran pon dekat 2k.nasib aku ade menyimpan dan huby pon bg duit utuk registration.syukur alhamdulillah..doakan aku berjaya hadapi kehidupan sebgai pelajar..ibu dan seorang isteri.buat suami yang dikasihi..terima kasih sebab tak jemu memberi sokongan dan galakan.insyaallah huny akan buat yang terbaik untuk sayang..

Thursday, August 16, 2012

Kenangan ramadhan

Salam.hye korang.mesti korang de kenangan ramadhan kan.aku pon ade.ciap ade 2 versi lagi.kenangan manis dan pahit. Biarlah aku cerita yang versi manis punye.
kenangan ramadhan paling manis adalah masa zaman aku belajar.masa tu arwah mak pun ade.buka puasa beramai2..yelah..adik bradik 7orang.memang havoc la kalau semuanya berkumpul.paling tak boleh lupe adalah time nak buka puasa.kiteorang ramai2 duduk mengadap lauk sementara tunggu azan.mak ngan abah aku hanya geleng kepale tengok perangai kiteorang.berebut2 cop gelas besar dan ayam yang besar.udang besar.sengal xsengal la kan.last2 xdenya nak cop2 bgai sbb ikot turutan dr abg smpai ke adik.abah dan mak ambil dulu.menghormati yang lebih tua.tu yang mak dan abah terapkan dalam keluarga kami.sekarang ni bila semua dah berkeluarga.mak dah takde.jadi rindu suasana tu..
Kenangan pahit pula.seminggu sebelum raya.aku ditimpa sesuatu yang aku tak terfikir.tap aku bersyukur sebab umur masih panjang.allah bagi peluang untuk aku bernafas.bezanya aku terlantar atas katil hampir 3bulan.orng mandikan.makan hanyalah bubur.nak bergerak perlukan bantuan. .dan brjalan menggunakan kerusi roda.family aku banyak support aku terutama abah.abah bagi semangat paksa ak bangun.berjalan tanpa bantuan.kalau xnak kaki tu xboleh berjalan..cacat cam orang lumpuh.aku kena kuat.raya pertama adalah hari jadi aku.tanpa kek.baju raya.sangat sedih.orang makan sedap2..aku tahan air liur sbb kna pntang mkan.ingat lagi.abah terpksa cari ubat malam2 kat hospital sbb aku tak tahan menahan sakit..huu..kawan2 datang melawat tapi aku hanya mampu baring je.syukur aku mempunyai keluarga yang sayangkan aku serta kawan2 yang xjemu bagi semangat.aku janji kat diri aku.ak xnak tengok abah menangis tengok keadaan aku lagi.syukur alhamdulillah..ujian yang kau beri buat aku lebih menghargai diri,keluarga dan kesihatan.paling penting aku yakin allah beri aku ujian sebab tau aku mampu hadapinya...

Monday, August 13, 2012

Ujian darah

Alhamdulillah..selesai juga urusan hari ni.ujian darah la.urin la.chekup breast..just xde wat ecg je.hari ni aku rse sihat je..hihi..pg tadi masa nak ambil darah.aku dengan muka selamba bg tagan kiri.budak yang nak ambil drah tu tgok tgn aku pastu siap ckp..da biase amek drah ye.aku angguk je.ak tengok je budak tu cucuk.dah sampai tahap xtakot kan.tap kesian budak nurse tu..puas dier cucuk2 tap tak dapat urat.rupenya urat aku dah hampir lunyai dalam erti kata da xley nk cucuk dh sbb tiap kali wat ujian darah ak mang bg tangan kiri.penyudahnye godek2 tangan yang urat dah tak cam urat darah.dapat jugak kan.tu pon staff nurse yg godek2..cucuk2 tgn aku.next month je dlm sminggu ade 3x apoinment n ujian yg nak kena buat.kali ni redha ak bg tangan kanan pulak.alhamdulillah result darah hari ni ak diparas atas 11 sbb sbelom ni penah smpai 8 or 7 bermakna hb xcukup la kan.doakan aku dan baby selamat dan dapat kekalkan prestasi kesihatan yer.sembang2 dengan doc n nurse td.pastu dorang siap xckp.awk pon pndai bc result kn.haruslah..ak pnh keja 6buln sbgai medical underwriter kn.mestilah tau bc n diagnose cecikit.hihi..ok lah.brhenti merepek.letih yang hamat sbb bnyk wat ujian today

Friday, August 10, 2012

Aktiviti untuk hari ni n my family bertambah lg

Alhamdulillah..kt da berada di 10 malam terakhir ramadhan dan alhamdulillah setakat ni ak belom pernah lagi tinggal puasa.kt kuat kan baby..alhamdulillah juga walaupun sakit.masih kuat untuk menjaga puasa ni..mungkin baby ni kuat sbb tau mama dia tsk sihat.dah lama tak ambil ubat sebab aku harus menjaga kandungan ni..aktiviti bersama suami adalahenghidupkan malam ramadhan.kebiasaannye smpai pukul4 pg..tidur kejap kemudiam bangun bersahur.kadangkala kalau suami bz dengan function MB or PM..ak lebih suka mengaji bersama baby.sebenarnya kalau ak sujud..ak mengalami kesukaran untuk bernafas..tapi aku kena gigih kan sebab aku masih mampu nak sembahyang seperti biasa.kalau kes sebelum ni aku xmampu nk berdiri dan bangun..aku solat duduk je.isnin ni aku ade full chekup.risau jugak sebab lama tak makan ubat.tak cukup drh kan..dengan semakin kerap diserang sakit dada dan paling teruk adalah kalau aku penat..memang terbaringlah.ak paling tak suke muntah tapi boley menangis la menanggunh.so ari ni sebakul kain koto n baju opis kita xperlu nak mendobi ye.sebab aktiviti hari ni adalah shopping bersama suami,rashid dan ann kat kl.lokasi mayb d midvalley,da curve dan tak tahu lagi berbuka di mana.en suami telah mengeluarkan arahan pekeliling supaya tiada aktiviti memenatkan untuk si isteri pd waktu pg or tengahari..hihi..tima kasih en suami.hari ahad adalah hari berehat bg kami berdua..isnin checkup.hope everyytin ok..xnk dtahan yer.do pray 4 me n my baby..selasa kt akan mula mengemas ape yang patot dan 16hb..perak..here we comes..xsabar nak jumpe abah dan berkumpul adik bradik tersayang dan menziarahi makam bonda tersayang..syukur alhamdulillah sebab since last year family kami bertambah ahli.memula kakak kawen..then dis year dier beraya ngan baby..abah pulak tambah menantu dis year.mext year insyaallah bertambah lagi baby.from me n huby+my dad smbut menantu baru lagi coz next year weding intan n suffian..insyaallah turn hanum pulak...alhamdulillah.. Syukur sangat.ayoi i think blom prepared enuf utk jd huby org n adik bongsu si fara..sila tamatkan pengajian anda okehh...sekian

Tuesday, August 7, 2012

Gastrik bg wanita mengandung

Salam..kalau sebelum ni single..gastrik di bulan puasa mang tak de masaalah bagi aku tapi bila dah berbadan dua ni..banyak perkara kena ambil kira.paling penting kandungan yang dikandung..sape tak sayang anak bebb..kenkadang aku rasa csm jahat.gastrik melampau.aku masih sanggup nak tahan sebab sayangkn puasa..maaf baby..bukan mama selfish.tapi mama tau baby kuat.gastrik bagi wanita yang mengandung..memang tak dapat dinafikan.sangattt sakitt..dengan tak sahur..bbuka pun minum air and mkn kuih..selepas dibebel..selepas ni jika diserang gastrik..memang akn berbuka la ye..buat wanita yang pregnant diluar sana..sayangilah diri dan baby anda.sekian

Thursday, August 2, 2012

Hadiah dari allah

Alhamdulillah..hampir 3bulan in pregnancy.sangat2 teruja.semalam aku check dengan pakar..ya allah..sangat2 amazed..nampak baby dlm perut kat monitor.siap angkat2 kaki..nasib xtunjuk peace kat mumy..mungkin itulah yang dirasakan oleh ibu2 di luar sana yang pertama kali kehamilan.allah je yang tau saat aku nmpak baby kat screen.yela.masa 1st scan..xnmpak ape2..aku rse kecewa sangat.sekali kali ni..memang sukar nk percaya..alhamdulillah. Walaupun aku mengalami alahan agak truk..tapi aku sanggup demi baby ku..sayang..kamu kena kuat..walau mama sakit.mama still bertahan sebab kamu..mama nk anak mama sihat..sempurna akal dan fizikal..jantina mama xkish boy or gurl..ape yg allah beri..mama terima..mama janji..mama akan berikan ilmu agama supaya kamu menjadi anak yg soleh or solehah..walau mama xde..mama yakin dady akn jaga kamu sebaik mungkin..beri ilmu agama sebagai mana yang mama pesan.sayang baby ku..kuat..bertahan ye..mumy n dady lov baby..


Wednesday, July 11, 2012

Saket itu penghapus dosa

Alhandulillah..saket itu penghapus dosa.aku rase lemah giler.penin.demam.batuk.selsema.xde selera makan.ya allah..aku ingat senang preggy ni.baru aku rase..padan muka aku.hmm..kalau kenang balik arwah mak aku nak bawak aku ke dunia ni..subhanallah..sebab aku lahir tak cukup bulan.ni aku lemah sebab aku xmau nak mkn nasi.ciom bau makanan pon dah loya giler..lagi sekarang kaki dan tangan kuat kebas.degan susah nak bernafas lagi-lagi bila sujud..ya allsh..kuatkan lah semangat ku.maybe sebab pnyakit aku wat aku lagi lemah.takpelah..demi mu sayang..mama akan kuat.kite perlu KERJASAMA yer..kt kena sama-sama kuat.

Saturday, July 7, 2012

Sukma pahang

Sekadar update.suami outstation 2 minggu di pahang.bertugas sempena sukma pahang.hati m3rindu en suami tercinta.harap en suami sihat kat sana..cehh..padahal en.suami dah biasa beroutstation.yela.time tu single.masing-masing kena campak merata pon xkisah.ni dah double.alhamdulillah nak masuk triple..dikala alahan yang teruk..kita memerlukan suami untuk bg moral support..xgitu???

Monday, July 2, 2012

Tersesat d melaka

Selepas hantar adik ipar cont study..aku dan huby pegi johor pulak.sebab bestfriend my huby iaitu miss niena bertunang..congratz dear.ak demam batuk dan selsema.pakej kau..balik tu da pukul 4. Ingat nak lepak pulau.memandangkan keadaan ak yang tak sihat serta tengok huby penat drive smpai ke pontian kan..so.ak decide nak spend time dengan huby kat melaka..call la semua hotel yang kami rase famous kat melaka..semua full.last ak dpat gak..semalam rm108.ok la kan.. .nekad aku ngan huby..turun jela..smpai-sampai aku terus chekin sementara huby parking kereta.dapat..boley la kan kalo nK tdo.dengan keadaan aku yang sensitif nih..masuk bilik macam bau habuk..aku dah start batuk-batuk. .sabar jela..malam tu kami decide nak betul-betul jadi pelancong..jalan kaki kau.dr reinanssce hotel..melalui little india..pastu jonker walk..sampai la ke dataran pahlawan..gile tak semput dibuatnye..dahla tekak aku.asyik loya je bau makanan..dengan restoran yang masak cam hape tah..mujurla ade pizza kat dataran pahlawan tu..huby tapau utk aku..balik hotel..1hal lagi..penat sampai rase nak pitam.mujur suami banyak bersabar..bg semangat n papah aku..sampai hotel..ak mang batuk tanpa henti..selsema tahap cendol..dgn ak rase cam banyak gler cecair yang tutup saluran penafasan.mujur suami banyak bantu.buat masa ni aku tak boley amek ubat..sebab menjaga..hasilnya..demam ak da 2minggu tak baek-baek. Nah..ak tempek gamba naek menara taming sari dan ak amek trip duck tour..




Sunday, June 24, 2012

Lumut perak..bukan lumut d batu

Salam..alhamdulillah..aku dan family in law dah selamat smpai ke lumut..esok pendaftaran pelajar baru..adik ipar continue study..alhamdulillah juga..allah makbulkan doa aku dan suami..aku akan cuba jaga diri sebaik mungkib..xboley stress dan xboley nak lasak2..doakan aku yer..checkin hotel dah selesai..shoping pon dah setel..sekarang ni sedang berehat sebab after maghrib family in law nak makan ikan bakar..aku smpai hari ahad..kalau sabtu..memang aku ajan booking hotel untuk family aku..sekali sbah tak dapat join..anum pulak dah balik rumah sewa dan intan pulak keja..farah pulak sekolah..tak pelah..walau hati ni rindu kat family..hati..bersabar ye..insyaallah kalau jadi g langkawi..singgah rumah dulu..kalau g kuantan.tak sure la aku ksn..abahh..rindu

Thursday, June 21, 2012

Hobi bowling si husband

Hari ni lik keja..op cos la husbany amek..awal pulak pakcik ni kan..motipp..pas amek ak..teros naek opis en husband kat wisma negeri.sebabnye opis hour aku sampai 4.30 je..si huby pukul 5.3o ye..kan beza tu..melangut la ak kat opis tu..siap sembang2 ngan pengarah..balik je uma..rehat kejap..tuka seragam..menarik beg bowling g parkson..teman kan la..kate suppot laki kan..amekla cyg.janji xwat benda xberfaedah yer..meh tempek gambo ckit.



Wednesday, June 20, 2012

Kesayangan kat office

Entri kali ni pasal insan kesayangan kat oofice..of course la life kat opis dtemani insan2 kesayangan kat opis..opis 1malaysia..mereka ni la insan kesaysngan saya..kak nana..kamala..yana..lendhia.shubie.teo..azri..ain n kanes..mereka ni la yang buat ak sayang nak tinggal opis nih..ak pling rapat ngan kak nana..dulu dier program coordinator.kire opis dier ak wat cam opis ak sndrik..baik..sumel..huhu..ag 1 dier ske wat pantry kat tempat dier..ak ni stok maen amek je kan..haha..tap ak bgtaudier la..meh ak tempek gambo dier..hehe
Kak nana..ina syg kak nana ketat2..hehe..mesti ko taching smpai banjir opis kan..haha



Sunday, June 17, 2012

Puasa org xsihat

Hehe..ni huby yg ajak puase..israk mikraj..akibatnye..kepucatan akibat kepeningan xcukup darah..tapi huby layankan gak..ajak ak shopim..tak sihat..tap jalan jugak..memula g ygok madagascar..pastu misi shopim..bli seluar kat jj..pastu g giordano..bli 2helai seluar.pegi voir nampak baju..beli lg..pastu g voir bli ag baju 2pasang..buka puasa kat kenny rogers..hohh...tekak orang saket..bg yang mahal pon still rasa xsedap..nasibla en huby..ni tengah teman en hubby bli bola bowling..kasut bowling aku lak kena sponsor sbb dier nak blk beg bagai..bagikan jela kan..nama pun sayang suami..heehe..tomoro kena puasa lagi..yang pentingven hubby teman sahur..kalau x..pengsan la kat office nampaknye..tak tau nak pergi keja or x ni..kalo xlarat.mc la mak nyah.hehe..ok..after this nak pergi shopim barang dapur..


Saturday, June 16, 2012

New baby

Alhamdulillah..welcome my new baby..samsung galaxy note..tenkiu en hubby..huby pule request samsung s3..hohh..lg mahal dari ak punye..so..note n bb pon ak pkai..u ollss..doakan ak dpt tuka dept n dpt nek gaji yerr..gamba tu hasil bidikan bosan2 masa serbis baby white..hehe..masih bereksperimen dgn note nih


Sunday, May 27, 2012

langkah Bendul

salam...bertemu lgi.kali ni hapdate dari teluk intan,perak..baru je pulang dari lumut..hehe..alhamdulillah..adikku intan mariana dah selamt menjadi tunangan kepada sufian..gud job among our siblings..mask bsama,wat hantaran bersama,mini pelamin pun bersama..jarang berjumpe..ini la masa yang sesuai kan..masing-masing punya keluarga dan kerjaya..ikutkan hati,sangat sedih..sebab rumah ni semakin sunyi. :(  dah...dah..mod happy ye..intan dah selamat bertunang..tapi langkah bendul la ye..sebab sepatutnya hanum yang tunang dulu tapi dah smapai jodoh intan kan..pulak tadi,ade imam ni jumpe ayah aku..imam ni merangkap jurucakap bagi pihak suffian..dah terkenan kat hanum..nak djadikan menantu utk anaknye yang keja kat kl..hehe..mengelabah puyuh dibuatnye..actually my adik..haniza hanum da berpunya..tunggu cik abg abes medic n practikal kat brunei..lagi satu..sebenarnye dier da jumpe pengganti ustaz dier yang dulu..alhamdulillah..moga yang datang selepas ustaz tu mampu buat adik ak bahagia..

Friday, May 25, 2012

minggu yang busy

Salam..hari yang busy..macam-macam benda yang terjadi.especially kerjalah..saya kan orang yang sabar..so,xnak amek peduli sangat.haharuslah cool kan??dengan problematic staff.rase hangen pon ade.tap xbagus utk kshtan.actually da lama pakai bb.just now saje gtal nk update thru bb.sbb si tab bateri habes.ak rase kat opis tu meja ak da xcam meja dah..hoh..ni aku on leave.plis..tolong jangan call n kalo boley xnk lngsung dganggu anggilan dr opis. Okeh???banyak tak setel lagi. Shiping perfume xbaya ag..erm.msabtu ni adik ak brtunang.tahniah wat intan..langkah bendul la nmpknye coz adik ak yg ag 1 xlepas..tunggu bf dier abes medic..xsaba nak jumpe abah kesayangan..so,sok pas subuh ktgerak ye encik huby. Done.sekian.time to sleep

Tuesday, May 8, 2012

sambungan entri marathon

salam...
syumel x template baru saye??hehe..godek-godek jap sementara bosan buat kerja sekolah.ok..belom study lagi..sementara en suami masih di rumah MB..semalam da ikot..penat..so hari ni kt duduk rumah ye. balik office masak untuk suami,pastu basuh baju,jmur baju..lipat baju stok semalam..berpinar mata mak yerr..kepada en suami..maaf sebab telah berbelanja online..3helai telah ku sebat..kad syg da xboley pakai..hehe..
ok..serius.serius..berbalik kepada entri marathon..hari ni special buat rakan sekuliah..bukan sekantor ya...sabar-sabar..entri kali ni khas buat syaqilah si nerd,atila gagah perkasa serta fatma yang x fat.. hihi..ampon kenkawan..ehh..terlupa pulak..si reena yg gojes..actually ramai lg..tapi makhluk-makluk ini jela yg rapat..mereka berempat ni kira best fren aku..paling aku suke study dengan syaqilah and reena..sebab kalau ktorng bjanji,pasti punctual la..and selalunya if ada yg nak discuss,we will make sure kerja kami done..berbeza dengan fatma and atila..mereka sebilik..selalunya if janji pukul 8 wat discussion,pukul 10 bentu tentu nampak batang hidung..so,faham-faham jela kan..the best part pasal mereka ni..kt boley cerita macam-macam..xboley nak taching2,nant x masal kena sepak kan..rindunya zaman belaja kat uni dengan mereka nih..fatma masih kat sabah..atila pulak da berjaya jadi inspektor polis after tamat kursus pulapol..reena kat alam flora..syaqilah kat ibm..aku??hehe..faham-faham jela..and among us, aku jela yang dah kawen..yang lain..aku masih menanti kad jemputan..ape lagi ye..owh..atila and syaqilah..pasal amek berat bout my health,sangat la..hehe..thanks korang..mereka ni la jugak teman shopping perabih duet..alhamdulillah sebab..aku ni kan budak kg..dapat belaja pulak merantau..dapat kawan-kawn yang baik..kenkadang aku terpikir jugak..camna la bebudak kg lain boley kena culture shock..hmm...xpela..biarkan mereka terjun dengan labu-labunya..kepada adik-adik di luar sana,my students expecially,saya xpernah kisah awak nak pakai macamana.berkawan dengan siapa..tapi carilah kawan yang membawa kejayaan..bukan kegagalan..adik-adik yang datang dari kg,tak semua orang kaya..if kita dari family yang susah,y not jadikan itu peransangan..air mata ibu dan ayah sebagai azimat untuk berjaya..mereka susah payah bekerja..nak bagi pelajaran,makan pakai kamu..tolong jangan punahkan harapan keluarga ya..sekadar berpesan kerana sedih lihat anak bangsa sendiri..
ok..enuff bebelan..buat sahabat ku..terima kasih atasan jalinan ukhwah yang di bina..terima kasih kerana hadir mewarnai hidup saya..saat terindah adalah saat kita bersama beratur mengambil scroll waktu konvo..xmungkin lupa..sayang korang sangat2.. :)  love----ina

Friday, May 4, 2012

update

salam..
maaflah..entri marathon masih tak dapat nak update.
sebab banyak sangat kekangan masa.
masih tak sihat..
doakan saya cepat sembuh dan boley kembali berblogging..
sekian

Wednesday, April 25, 2012

entri marathon bermula. sahabat :shikin

salam..
tajuk..ikut hati nak lagi panjang..so,oleh sebab aku rasa nak menghargai sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup aku ni,aku buat entri khas untuk mereka.buat pengetahuan,lappy aku masih lagi kurang sihat.i mean dari segi motherboard chip suda okey..just tetiba la pulak wifi tak boley nak connect. so,masa aku kat office..kita gunalah kemudahan yang hadee kan..hanta je kat department MIS. format sekali..pakej ye..oklah..dari aku terus melalut,merapu meraban..kita teruskan ye.. shikin..or cikin..kawan sejak kecil..main power rangers same2..baca english book sama2..merempit merayau..(kami budak baik..keluar bedua je).. aku sangat sayangkan cikin ni..rindu la pulak kat budak kurang ketinggian itu..hehe..betapa aku adore dengan dia..sanggup berkorban sebab jaga abang dia yang sakit..sabr ye ikin..ikin kehilangan ayah dia semasa dia darjah 6 dan kehilangan ibu dia semasa last semester(same with me). aku ingat lagi..ikin telefon..nangis..aku pun sama2 menangis sebab kenal arwah mak dia.masa tu aku kat utm semarak.program pensyarah..tak tahu nak cakap ape,sebab aku merasai pengalaman yang sama.
buat shikin, aku sangat2 sayang kat kau..walau aku dah berkahwin,hubby aku tak kisah kita still keluar macam dulu..coz he know u..cikin,kalau kau baca entri ni..aku minta maaf sebab tak dapat selalu hang out cam dulu.tapi aku harap we stll together..moga ikatan ukhwah yang kita bina akan kekal sampai bila-bila. aku doakan kau bertemu lelaki yang baik seperti kamu..yang layk terima cinta kamu dan jaga kau dengan baik.insyaallah..lastly, sincere from bottom of my heart,lov u so much..miss u a lot my fren.

Monday, April 23, 2012

buat sahabat..entry marathon buat kamu

salam...
hanya sedikit coretan.. ucapan terima kasih buat kawan-kawan atas ukhwah yang terbina. buat sahabat seperjuangan di universiti, buat teman sekerja sebagai pensyarah, pelajar-pelajar yang telah saya anggap seperti adik sendiri, kawan-kawan di AADK ..pegawai psikologi,pegawai sosial mahupun pengurus kes..MIS exec serta kawan sepermainan.. entri marathon bakal menyusul selepas ini hanya untuk kamu semua..
moga persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.. insyaallah...

Tuesday, April 17, 2012

allah sedang menguji..

buat suami tercinta,
bersabarlah..masih mahu menguji kita..
redha..
insyaallah pasti allah akan balas atas segala kesabaran dan kebaikan yang kita lakukan..
ya allah..kami redha...

Saturday, April 14, 2012

peugeot or honda city..

salam....
aduyai..susahnye nak buat pilihan....
balik keja tadi terus pergi tengok kereta dengan hubby and acid..ann xikut sebab busy..malam ni family acid nak datang merisik..alhamdulillah..moga jodoh sahabat kami ni panjang..buat pengetahuan ,ann and acid ni our pengapit majlis kawin kami di perak dan negeri sembilan..acid..jaga ann baik2 okeh...
berbalik pada kereta ni..penin aku pikir..my huby ckp..my car..terpulang..aku rase peugeot murah monthly..honda city pulak mahal..so,duit shoping and duit kutu...erm...kena pikir ni..aku nk suh my huby trade in keta dier..tapi dier tak nka..kereta kesayangan tu..kereta mengorat dan banyak kenangan..tak sampai ati pulak..so kawan-kawan..tolonglah aku buat pilihan...
sekian

Monday, March 26, 2012

ape nak jadi

ape tah nak jadi ni..dalam sebulan ni aku rase aku kerja 8hari je..yang baki tu aku taram cuti.rasa kasihan pulak kat opismate kan..aku pun dah tak berapa rajin nak update itu ini..penat sangat..kekadang balik opis..ok..opis aku smpai 4.30 je..tap pukul 9 aku da lelap da..en suami main game angrybird..isteri buat taik mata lak kan..hehe..jangan ingat aku ni pemaleh ok..aku penat bekerja ya..masak lagi..kowang ingt best??mane nak gosok baju lagi..hui..xboley merungut..tu tanggungjawab..tampo ckit mulut kau tu..hihi..maaf en suami tercinta..lagi satu..lappy aku da rosak teruk..g r kedai..utk repair hardisk minx 500 ke 600..wut da fish la..naseb la aku dok under school of it..suh pakar2 it tengok..demm..hard disk xrosk ok..demm la..kalo aku anto..sia2 duet aku abes kena tipu..last2..masa aku nk format pc aku yg kat opis..aku call la departmrnt office support or mis..aku bg la lappy aku sekali..sekali..motherboard rosak kau..cess..alamat kena beli lappy baru..kalo kat lua nk baiki mau 1k.. hahhh(sambil congak n dongak ke ats) 1k aku punye duet shopim maa..mane boley sia2 kan..haiyaaa...sekali semalam aku masuk office..g mis department..yeaayy..baiki motherboard aku just bya dalam 300..mayb kurang ckit..alhamdulillah..tenkiu team mis..sila jaga lappy sy bebaik ye..banyak research paper kat dalam tu..banyak maklumat nkra dalam tu..senang cte..bayak ler khazanah nasiona kat dalam lappy tu..sekian.

Friday, March 9, 2012

seorang isteri...antara kerjaya dan rumahtangga

alhamdulillah..25 febuari 2012,dengan sekali lafaz,aku sah menjadi seorang isteri kepada suami tercinta.melangkah ke alam rumahtangga..selepas ni mungkin akan buat blog baru kot..diari seorang isteri.hmm..antara kerjaya,aku tahu aku perlu buat keputusan juga nant.kerjaya dan rumahtangga..penin dan letih..dengan kesihatan pula sekarang aku rasa macam tak nak berpihak pada aku..sebelum kawin,aku demam teruk..sampai tak de masa nak updte pape pon..selepas kawin,masih demam yang teruk..honeymoon dengan ubat dan tempek coolfever..banyak perkara yang aku rasa aku perlu ubah..attitude aku..kesian suami..setelah hampir sebulan bercuti..isnin ni masuk office semula..mesti kerj dah mula banyk..sabar jela kan..lagi satu..ade 3 ekor kitten yang cumel kat rumh mak mertua..aku suke sangat tapi en suami tak bagi..plus mom in law pon..takot effect..hmm..cian kitten tu..so,this monday..selamat kembali bekerja ye..baju suami utuk 5 hari bekerja dah siap gosok plus baju dan tudung aku utk 5hari bekerja..... ok la..nant aku hapdate hunymon part 1&2 aku yer..
adios..bubye

Wednesday, February 8, 2012

bila catering wat hal

tajuk tu memang da tunjuk betapa sangat berangin nya ati aku ni.. geram yang melampau..tahap dewa ni..hmm.. lets story..kasi ilang sikit amarah tu..yela..majlis nak dekat..catering wat hal..dengan tak sayang mulut lagi..biasala melayu ni..tak boleh senang sikit..bila da senang sikit,teros sombong gler..kejap je allah tu tarik balik nikmat enchek pakcik n makcik catering oii..oleh sebab majlis semakin hampir,,kami iaitu aku da pasangan serta abah pergila ke rumah orng catering ni..hui..jiran belakang umah aku tu..punya la sombong..ko ingat kami ni xde duet ke nak bayar??? demm betol la..first impression masa kami jumpa..mang kaki perli anda berdua nih.. pas kire-kira sume..hmm..banyak kan..siap dier sound..tak boley tawar menawar okeh??aku pon diam jela..pulak mnggu lepas aku balik kg..sekali dpt table and chair yang murah..so,kami cancel kan jela amek kerusi kat pasangan catering itu..korang tau pe dier mintak?? 20 meja untuk letak lauk dorang je..plus sound laki aku..hui..ni yang mak lg panas ati nih..oley sebab kami da tak de mood dengan perangai catering tu..naseb mak xbayar lg deposit nokks..kalo tak..mang makan saman menyaman la..pasangan catering tu cal pasangan saya and cakap nk mintak extra charge untuk pelayan..DIINGATKAN..sebelum ni xde kena surcharge pelayan okeh..dier ckp FREE..pulak petang tadi..dier cal pasangan saya..oleh sebab suami kepada aunty catering tu teah bermulut puaka terhadap pasangan saya..pasangan saya tak jawab pon panggilan dari pasangan catering tu..kire non stop la meraka call..lastly..call phone saya..saya jawab..tau pe dier mintak??? tambahan 250 untuk makanan pengantin serta pingan gelas d meja pengatin..wut da fcuk la..sebelum ni kira semua dalam pakej..after kami cancel guna meja n kerusi mereka..dier mintak macam-macam pulak..hello..baik aku cari catering lain..patutnye melayu tolong melayu..lagi uncle catering tu penah jadi anak murid nenek aku serta kawan ayah aku..huii..patotla kau cepat kaya..camni rupenya strategi perniagaan anda..maafla..anda dah tersalah jumpa org..kerana saya lecturer marketing and business..nk tipu konon..insaf-insafla ye.. sekian..

Thursday, January 19, 2012

Universal studio..here i come..

hye..baru je mengkopakkan diri beli tiket dan tempah hotel..ni derma pulak duit nih..tak la..actually sedang covert duit rm ke dollar..hadui..garu kepala la nak shopping..lain la kalau duit kita tuka ke rupiah or baht..kaya mokcik..hihi..oleh sebab cuti aku dah tentu-tentu release, sekarang ni aku tengah tergolek2 atas tilam sambil buat sikit kerja..sebabnya, aku nak bagi task kat staff..so,walau aku cuti,kerja aku takde nak menimbun okeh..just balik after cuti aku akan tanya progress dan akan update la pape yang patot..berdedikasi kan??clap..clap hand..hihi.. apesal title itu?? ya..pukul6 petang nant..aku akan ke sana..over da see okeh...my money,my leave..who cares??? wahh..bongkak riak takabur..pakej kau..hihi.actually ade je makhluk allah yang sering pertikaikan..aku nih asyik bercuti je..asyik travel je..hello..aku travel,guna duit aku kan,guna cuti aku kan..tak menyusahkan sesapa kan??aku siap buat kerja aku sehabisnya untuk tak bagi kerja pending..aduhai..sabar jela..bulan 3 pula akan g island.bercuti jela kan..so,universal studio..nantikan kedatangan ku...bulan 6 nak plan pegi mana pulak ye??

Sunday, January 15, 2012

majlis istiadat hari keputeraan yam tuan besar negeri sembilan dan gold coast palm tree villas n spa

salam.. hye you olls.. semenjak-menjak dah mula sihat,makin tak reti nak duduk diam kan..ade je plan..semalam iaitu hari sabtu merupakan hari kputeraan yang ke 64 yam tuan besar negeri sembialan iaitu tuanku mukhriz...daulat tuanku.. tak kisah la orang nak cakap aku orang perak murtad..hehe..sebab sejak 2009 aku dah mula tinggal kat negeri sembilan kan..so wut??hehe..tak la..menghormati la kan..actuallly semalam semasa majlis pagi, tahun lepas aku pergi sampai masuk istana..tahun ni aku tak dapat nak join sebab ade kerja yang aku kena selesaikan..sebab aku kena assign task utk mereka..so, oleh sebab petang tu aku bosan tahap gaban, aku pu gerak la ke sepang.. check in palm tree villas and spa kat gold coast sepang.. mengapa aku suke pergi gold coast nih?? sebab aku boley makan seafood and ikan bakar yang fresh puas2..yummy..i loike...pas zohor hari ni.kire hari ahad la kan..aku pergi ke kuala pilah..ade majlis sikit yang aku sangat gatal nak tengok..haha..tak la..pertandingan memancing sempena birthday tuanku..sangat panas..bertmbah hitam la den..kihkih..aku duduk kat khemah istana..erm..just de sumthig yang aku tak berkenan..camni..kan kat astaka diraja, tuanku mukhriz duduk kat ats tu..ade la rakyat jelata yang lalu..tapi wat bodo je..wut da heck??hoi..hoi..hormatla kat tuanku mukhriz tu..if korang yang lalu tu kat negeri johor,mang kena la kan..kepada semua rakyat..termasuk aku la kan..hormatilah institusi beraja dan raja -raja di malaysia ni..sekian..

Friday, January 13, 2012

persiapan perkahwinan

berseri-seri nampak? tegur staff dan juga bekas pelajar aku..hehe..alhamdulillah..syukur kerana berkat bersabar,restu dan doa yang tak putus-putus dari keluarga,sahabat serta pelajar..disaat aku sangat down..semua ada memberi sokongan..terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan.pelamin dah setel..baju pun.. cuma mungkin ada sedikit perubahan..nak sebut ke wei...kos baju dn pelmin 5k..mesti korang tak caya kan..betul..sume agak terkejut sebab mahal..dewan pun da selamat ditempah..catering juga done..deko meja pengantin done..goodiejuga done..pe lagi ek...tema rahsia ya..kad kawen pon insyaallah dalam proses tu..sangat kelam kabutla jugak sebab kena uruskan semua sendiri..alhamdulillah sebab sidia sangat mebantu..hmm..sibuk berblogging ni,sidia dah mula komen..yela.aku ni sangat suka berblogging..actually ini sebenarnya mengisi masa lapang..lapang la sangat kalau semua dah buat taik mata,aku je yang belom lagi..hehe..maap..masih tak sihat kan..tapi alhamdulillah dah beransur sembuh..sidia pun dok cakap..kalau kami ada anak..(gatal gler..blom ape lagi da cakap pasl anak)  yela..kalau anak tu suka bidang penulisan bagai,ulat buku and asyik membaca, tu semua ikut perangai mamanya..but if anak tu nanti amat tak suke mebaca buku tapi suke bidang-bidang yang cam vokasional tu..tu semua ikot perangai papa dier..yela..ikut jela ya..janji majlis kita berjalan lancar tanpa sebarang gangguan..amin