Tuesday, November 19, 2013

Yes..i want my mum back

Hmm..berat rasa hati ini nak meluah..rasa macam tak percaya tahun depan masuk 5 tahun bonda pergi..
Rasa macam tak puas peluk cium bonda
Rasa sekejap je masa berlalu
Rasa dunia kejam kerana aku kehilangan bonda tanpa sempat dia melihat kami adik beradik berjalan atas pentas dengan ijazah yang diterima
Rasa cemburu bila melihat hubungan ibu dan anak
Aku bangga bonda pergi dengan aman
Impian bonda untuk anak- anak bonda menguruskannya tertunai walau terpaksa menunggu aku
Itu amanat arwah..kata abah
Alhamdulillah
Kalau dapat ku putar masa kembali
Aku takkan jadi anak yang degil..yang belajar jauh darinya..
Ruginya aku..
Masih aku ingat..saat memandikan dan mengkafankan
Aku cakap dalam.hati..
Mak..bangun mak..ina taknak mandikan mak.nanti mak lemas..mak..buka mata mak..anak mak dah balik..ina taknak belajar jauh lagi..ina nak mak!!!

Kala aku taip ni..hati sebak..tanpa sedar airmata turun seperti hujan..
Mak..tenangla mak disana..hanya doa yang ina mampu kirimkan.. In shaa Allah..ina akan tunaikan hajat mak..

Wednesday, November 13, 2013

Maafkan aku

Ya allah
Izinkan hambamu yang hina ini sujud padamu
Aku sedar betapa aku khilaf
Aku sesat dijalanmu
Aku tak kuat
Tanpa sedar aku mula tersasar
Hinanya aku
Dengan dosa-dosaku yang dulu

Ya allah
Aku malu..
Benar..hati mengatakan taubat
Tapi hati tidak membenarkan cara apatah lagi perbuatan

Ya allah
Terima kasih kerana masih beri peluang
Untuk aku bertaubat
Untuk aku perbaiki diri
Saat aku diambil pergi
Kau mendengar permintaanku
Syukur ya allah
Atas peluang yang kau beri
Takkan aku sia-siakan

Ya allah.jika dapat diputarkan kembali waktu.biarlah aku jadi ina si tudung labuh.ina si ustazah.ina yang ambil cos pengajian islam dan sunnah.betapa aku bodoh kerana tolak tawaran pengajian tu..betapa aku bodoh dengan perbuatanku.betapa aku menyesal kehilangan kawan baik angkara mulut orang.aku tau masa tak mungkin akan berpatah balik.ini peluang yang aku dapat kerana aku tau dah tak ada peluang ketiga dan keempat.biarlah aku bahagia dengan perubahan ini.biar aku terus istiqomah dengan yang ada sekarang.mohon kalian doakan aku ya.untuk sentiasa memperbaiki diri dan amalanku.

Tuesday, October 8, 2013

Perasaan

Salam.. Full lab report dah keluar.alhamdulillah.kesihatan bertambah bagus.tapi tak boleh gembira sangat.setakat ni doktor cakap ia bukan kanser but it might boleh jadi.sebab ia boleh attack bila2 masa je.so..should i happy with dis news atau sebaliknya..
Bagi aku..aku tak gembira. Sebab doktor ckp dia pun tak boleh beri jaminan dan doktor siap tanya berapa pain darah masuk..dan..doktor cakap..jika aku mengandung.besar kemungkinan ia akan attack aku semula.hmm..
Aku nak mengandung lagi..sangat..rindu masa mengandung rizqi tapi doktor cakap sgt risiko kat aku..
What should i do?? Berserah pada yang maha kuasa..Sekarang ni aku nk fokus kat thesis.tak nak benda ni menyebabkan mood aku ke laut atau ke sungai.. Serius..aku taip ni pun langsung tak de mood.aku nk rehat..otak perlu rehat.inshaallah..nak ke penang utk release tension dan kerja di jakarta.semua tu kalo xde aral la ye..ok..nak basuh baju 3 trip.demm..i need bibik!! Hehehe

Tuesday, October 1, 2013

Updateceritajangantakcerita

Salam..
Agak lama blog bersawang..ye..saya penternak lelabah dan juga peternak lemak yang berjaya.hahaha..pasal lemak..sila.jangan tanya.nak ku lempang lu bertalu-talu..hahaha
Sebenarnya aku sibuk dengan thesis aku.yelah.orang dah sibuk buat..dah dapat penyelia.aku baru nak mula.buat proposal..ye..aku tak bodoh..aku tak gila.hahaha..buat parodi kejap.hehe..sebab ketua program dah tanya..aku pun laju-laju buat proposal.banyak idea.tapi tak tahu nak pilih mana.akhirnya aku buat yang melibatkan bidang kejuruteraan..ada la sikit..tap ku fokus pada sosioekonomi..hihihi..alhamdulillah..penat marathon 2 hari amat berbaloi.penyelia terima tanpa prejudis dan was-was..alhamdulillah..allah swt permudahkan untukku..hari ni aku nak baca jurnal je.sebab semalam.seharian aku di lab.jammed dan tepu otak aku ni hoi..lagi makin tepu sebab aku kena siapkn thesis dlm masa 3bulan..aku kes lain..sebab aku kena marathon phd pulak lepad ni..inshaallah.kalau xde aral melintang la ye..aku bukan tuhan untuk ramal in the future..jadi aku hanya ikut flow yang dah tertulis oleh Nya..siapalah aku untuk menidakkan ketentuannya..ye kan? Jadi..sila jangan label aku si ulat buku atau si gila belajar ya.tu suka hati aku la ye..sebab aku belajar semua atas tajaan dan biasiswa.kalo rasa menyampah sebab aku ni asyik.dpt tawaran belajar ke..rasa bila baca blog ni buat anda sakit..sila leave dr page saya dengan mengklik ikon X.dikanan atas page ini.sekian

Wednesday, August 28, 2013

Penyusuan secara ekslusif

Qaisara rizqi..
Bila anak mumy besar..jika iki godek2 blog mama..mama nak minta maaf pada rizqi..sebab tak dapat nak susukan rizqi secara ekslusif..bukan mama tak nak..sebab mama takde pilihan.mama terpaksa sayang.
Mama hanya dapat susukan rizqi selama 3bulan. Itu pun tak banyak yang rizqi dapat.mama terpaksa bantu dengan susu formula untuk elak rizqi lapar dan dahaga..
Sebenarnya mama memang bertekad nak susukan rizqi sampai umur 2 tahun.macam2 mama makan..supplement..tapi rezeki rizqi..maaf sayang..
Lepas mama bersalinkan rizqi..mama ada masalah kesihatan..ubat yang mama makan..takut effect kat rizqi.demi rizqi..mama tak makan ubat.tapi hanya dapat bertahan 3bulan..lepas tu mama asyik demam tanpa henti..macam marathon..tak dapat susukan rizqi.tu yang lagi buat susu merundum..
Ingat tak..selepas rizqi umur sebulan lebih..mama fly ke bandung jakarta atas urusan kerja..kemudian ke Langkawi..kemudian ke Krabi..lepas tu susu dah makin sikit..maafkan mama sayang.
Tak lama lepas tu..mama masuk hospital..melalui pembedahan dan pembedahan kecemasan..mama tak minta semua ni sayang..tapi allah berikan mama ujian.tapi mama syukur sangat sebab mama dikelilingi dengan orang yang mama sayang.dilimpahi dengan kasih sayang.Alhamdulillah..
Mama harap rizqi akan kuat macam mama.jadi anak mama yang solehah.yang terpuji akhlaknya..mama nak iki jadi hafizah..inshaAllah..

Lov
-mama-

Saturday, August 24, 2013

Sambungan masuk wad siri 3

Aku mula muntah2..muntah air sebab aku tak makan.aku rasa sakit.aku rasa sejuk sangat.aku ada bagitahu nurse bertugas sebab aku masih di katil yang perlu pemantauan nurse dan doktor yang aku rasa sakit.nurse cakap kesan bius.jadi aku tahan.aku hanya mampu berselawat. Berzikir..kat hospital..bekas student merangkap adik aku iaitu Lau Lee Hong yang teman aku.dia cukup risau sebab muka aku bertambah pucat.mak mertua atau keluarga belah suami datang melawat.
Selepas suami dan keluarga mertua balik.kesihatan aku merundum teruk.aku langsung tak boleh bangun.kalau minum.aku akan muntah tanpa henti.aku rasa semakin sejuk.mungkin nyawa aku masih panjang..doktor datang melawat.masa tu mereka terkejut tengok aku.tekanan diperiksa.darah juga.mereka terkejut sebab semua error.aku memang dah lemah sangat.doktor dari bahagian kecemasan datang ke katil aku.dalam 5 orang.dan mereka marah nurse sebab tak pantau aku sangat.memang tekanan darah semua tak dapat diukur.aku diberi serta merta bantuan oksigen untuk bernafas.doktor mengalami masalah cari urat darah untuk masukkn branula.urat lengan aku kiri kanan hancur sebab dicucuk.aku tau..masa tu aku hanya fikirkan suami..anak..abah.adik bradik kesayangan.aku kena kuat demi mereka.banyak kali aku hampir terlelap.tapi doktor kiri kanan serta jururawat tepuk supaya aku terus sedar.doktor siap marah dan cakap."puan,tolong jangan tidur..nanti puan boleh koma". Serius aku terngiang2 kot kat telinga..akhirnya doktor dapat pasang branula kat kaki.bayangkan. .ada 6 branula dipasang.untuk langkah berjaga2..kemudian doktor siap pasang mesin apa tah kat aku.besar kau..
Kesian suami aku..dia baru sampai rumah.nak makan.tapi terus berkejar ke hospital sebab dapat panggilan kecemasan dari hospital.doktor terpaksa buat pembedahan kecemasan sebab aku boleh dikatakan tenat.suami aku hampir mengamuk kat hospital sebab apa yang berlaku kat aku.masa doktor iring aku kat dewan bedah..siap ada doktor yang jadi runner untuk amek darah dari bank darah..Aku masih ingat.doktor nor azlina.sebelum aku dibius penuh.dia cakap kat aku.inshaAllah aku akan selamat dan dia akan buat yang terbaik.
Alhamdulillah..pembedahan berjaya tapi aku kena la rajin berjumpa pakar untuk pastikn kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.
Semenjak pembedahan ni,aku rasa suami aku makin protective orangnya..dia tak nak aku sakit sebab dia tak nak kalau aku tak de teman dia macam selalu.alhamdulillah..walaupun kesakitan tapi allah masih bagi aku rasa kemanisan hidup ni.syukur alhamdulillah

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah.masih diberi peluang oleh allah swt untuk berpuasa dan merasai nikmat keberkatan bulan ramadhan.
Seperti yang semua maklum.aku menjalani 2 siri pembedahan. Dimasukkan ke ICU..pembedahan ke dua merupakan pembedahn kecemasan yang pihak hospital lakukan.alhamdulillah..aku berjaya puasa.berkat izin allah.aku berjaya bertahan.ya..sepatutnya aku tak dibenarkan puasa.sebab boleh mengundang mudarat pada kesihatan yang belum pulih.tapi kalau dah namanya degil.faham2 jela kan.aku yakin dengan diri aku.sebab paling penting.aku sayang puasa aku..sebab sebelum ni pada september 2009.aku pernah sakit.3 bulan tak boleh bangun.nak bangun kena guna kerusi roda.tapi..aku gigih juga puasa..sayang sangat puasa tu.selagi aku larat.selagi itu aku puasa.melainkan kalau bendera merah datang la kan.hehe..cuma beza ramadhan tahun ni..aku tak dapat sembahyang terawih..tak dapat solat fardu bersama en suami kerana aku solat dengan cara baring.. Isyak tadi aku cuba solat duduk.malangnya tak boleh.jadi sesuatu..jadi.baik aku tak berdegil kan..jadi kawan2..aku mohon doa kalian.doakan aku sembuh supaya aku dapat beribadat kepada allah swt.supaya aku dapat lakukan amal kebajikan dan paling penting..memenuhi impian aku..impian untuk abah dan arwah mak.. Sekian..

Wednesday, July 3, 2013

Anak ku

Salam..
Entri ni sekadar untuk meluah perasaan..
Hmm..tiap kali aku pandang muka anak aku ketika tidur..aku rasa tenang sangat.syukur alhamdulillah.rizqi anak yang kuat.yang sangat memahami mama dia..
Bila aku tatap muka anak..aku rasa bersyukur sangat sebab kelahiran dia mudah.sakit perut nak membuang je..syukur sangat sebab allah swt bagi aku peluang untuk tatap muka anak aku.jaga anak. Walau lepas aku melahirkan anak aku..aku mengalami komplikasi yang agak teruk.siapa sangka kan..alhamdulillah..
Lepas anak dah masuk 4bulan..sekali lagi aku diuji.dengan penyakit yang lain.berjauhan dengan anak.melalui pembedahan.mengalami komplikasi..dimasukkan semula ke ICU. Ntahlah..masa komplikasi kedua..aku dah hampir hilang nyawa.sebab doktor dah tak boleh kesan nadi..teknan darah.semua error..aku betul2 hampir mengaku kalah ketika itu..aku cuma berdoa pada allah supaya beri aku peluang lagi.demi anak dan suami aku..doa aku dimakbulkan allah...dan sekarang pula..setiap kali aku bangun..aku akan pitam.pandangan gelap.kaki mula rasa lemah..buat pengetahuan.aku pernah 3bulan tak dapat berjalan.berkerusi roda..allah beri lagi aku dugaan.aku tau aku kena kuat.demi anak dan suami..serta keluarga tersayang..

Tuesday, July 2, 2013

Masuk wad

Salam..
Maafla.agak lama masa yang diambil untuk post cerita.sebenarnya mood dah ke laut sebab tak sihat.super duper bosan ni..
Oklah..mari kita sambung.hari pertama di wad.doktor pakar buat scan.kemudian jumpa doktor bius pula.bagi penerangan semua.ok..puasa.jangan tak puasa.buat pengetahuan..aku tak makan sangat pun lauk hospital.aduii..bukan berlagak.tapi tekak memang tak boleh terima..jadi..memang aku dah puasa awal..
Lepas maghrib doktor bagi ubat untuk tidurkan aku..pukul 4 pagi nurse kejutkan aku.awal betul.operation aku pukul 10 pagi camtu..layankan jela kan.dah siap-siap.rehat la kat katil.pukul 7 pagi.ada beberapa orang doktor datang check aku lagi.sebab darah kurang kan..
Dalam pukul 11.30..nama aku dipanggil oleh jururawat untuk standby..tuhan je yang tau..aku ditolak ke dewan bedah..pukul 2.30 aku ditempatkan di icu.. Dalam pukul 3 aku ditolak ke katil aku semula
Hmm..kat sini la segalanya bermula.aku hanya minum air.tapi aku muntah..muntah tanpa henti.aku rasa sakit sangat..aku rasa sejuk sangat.walaupun orang rasa panas...
........bersambung


Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman mengandung

Salam...
Tiba-tiba rasa nak mencoret pengalaman mengandungkan baby rizqi.hehe..aku berkahwin pada 25 febuari 2012.bertandang rumah pihak lelaki pula pada 3 mac 2013..
Buat pengetahuan.lepas berkahwin.aku tak tinggal terus dengan suami.aku tinggal kat kondo aku kat mantin.tiap minggu baru jumpa.hehe..selepas kahwin..kami pergi honeymoon ke penang..cameroon..johor dan melaka.hehe..
Camna ye nak cerita..sebenarnya selepas sebulan berkahwin..aku dah rasa lain macam.check upt.negatif..hmm..maybe belum ada rezeki kan..check kat klinik..doktor cakap baru nak jadi..tapi xkuat.so..jatuh cam period..lepas tu aku buat macam biasa.xnak berharap..
Jiran2 dh mula tanya.aku cakap belum ada rezeki.lepas dari kes tu.bila period aku lambat.aku wat xtau je.xcheck pun upt..
Ntah macamana..aku ada la kawan sekerja pensyarah yang rumah dia dekat dengan kedai nasi lemak yang sedap..aku pun kirim la kat dia.saat mereka buka bungkusan nasi lemak..aku dah mula loya.aku rasa nak muntah makan nasi lemak yang super sedap tu..kawan2 ofis dah pelik..lagi 1..aku tak boleh cium bau makanan yg dah dimasak.lebih2 lg dlm aircond.hoooiii..loya nak nangis wa cakap sama lu..selera makan xde..yela..bau makanan wat aku nak muntah..tapi aku tak bgtau mak mertua.aku hanya cakap kat kakak aku..
Kakak aku cakap.jangan heboh2 dulu.tak elok.dah 3bulan baru bgtau.so aku senyapkan dulu.xnak wat upt dulu.sebab takut tengok result. Last2 masa suami outstation kat melaka..aku beli kit upt tu senyap2..pagi2 aku test..takut nak tengok.2 line.tap line kedua tu kabur.okeh..xpe..sabar dulu..suami balik outstation melaka.aku bagitau.tapi dia pun cakap nant buat lagi...ntah minggu ke berapa.suami outstation kat pahang.kali ni lama..sebab dia g terengganu sekali..bertugas untuk sukma.. Balik dari ofis.aku ajak kawan makan kat pizza.sebab tekak i sangat teringin spageti bolognese meatball.belanja kawan sekali.g watson.beli kit upt tu senyap2..esok pagi aku test..kali ni 2 line sangat jeles.aku dh mengucap syukur sangat2.tangkap gambar.hantar kat suami.. Suami balik outstation.aku pergi scan kat pakar wanita.scan je rm150.hahahaha..time tu.ya allah..allah je tau perasaan aku dan suami.doktor cakap baby aku dh besar.dalam 3bulan.siap kaki dia main kayuh2 dalam tu.hehe..alhamdulillah.dah selamat lahirkan baby rizqi.budak kecik yang comel yanh suka tendang2 dalam perut mama kini dah ada depan mata.alhamdulillah ya allah.kerana memberikan aku kesempatan untuk merasai kemanisan ini..terus membesar dengan sihat,kuat dan bijak anak mama dan papa..mama dan papa sayang rizqi sangat2.

Friday, June 14, 2013

Masuk wad

Salam..ahad lepas..9 jun aku pagi2 lagi dah masuk wad.duduk di katil AcUTE.. Sabar jela..sangat bosan.dapat la kawan sebelah katil.akak tu tak biasa kot.mungkin sebab tengok aku rilek je..memang rilek.padahal..allah je yang tau.sedih berpisah dengan suami dan baby rizqi..
Oleh sebab aku dah banyak kali berkampung atau senang cerita masuk wad banyak kali.. Sebenarnya boleh je buat siri2 ni..ni kira siri 1 ye.yang lepas2 tu aku tak nak cerita.yang ni aku cerita sebab dahla takde simptom.tau2 aku ada penyakit ni..
Aku ni jenis degil.doktor suruh rehat.aku pegi jalan2..main game.online la.tak reti duduk diam.doktor periksa.darah aku rendah.aku dah..wut..habislah aku..ada cerita lagi.sabar..jadi dokter ambil keputusan tidurkan aku.hah kau..nyeyak..rasa tak nak bagun..doktor..pliss..tidurkan i lagi.hehe..ok lah..nanti aku sambung lagi..masih sakit ni..adios..salam

Sunday, May 12, 2013

Berubah..perubahan

Alhamdulillah..segala puji -pujian pada allah swt sebab masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menjalankan kehidupan..
Manusia berubah seiring dengan perubahan masa.mungkin ada yang belum terbuka pintu hatinya untuk berubah..alhamdulillah..allah tu maha penyayang.cepat dia beri aku hidayah dan petunjuk untuk berubah.aku tak malu nak beritahu yang aku memang jahil sebelum ni.aku tersesat tapi aku cepat nampak jalan pulang.syukur alhamdulillah..aku tak bangga dengan diri aku yang dulu.ya..mungkin orang cakap itu hal aku..yang penting aku skorer dalam ujian.ada pekerjaan yang bagus.tapi aku malu
.aku macam pura -pura.pergi kelas pakai tudung sedangkan kat luar pakai seluar pendek.skirt pendek..Nauzubillah..ya..ayah aku yang tanggung dosa aku sebelum aku akil baligh..iman tu tak pernah diwarisi sedangkan aku tau nenek aku guru agama yang dikenali..kalau kamu kenal aku 8 tahun yang lepas.aku bukan begini.aku masih tersesat..ya allah..aku bersyukur..aku nampak jalan pulang.aku ubah segalanya sebelum terlambat.aku tak mungkin akan jadi diri aku yang dulu..aku akan pastikan aku yang dulu tak wujud..biarlah aku jadi diri aku yang sekarang.yang lebih baik dan paling penting.aku tak nak suami aku masuk neraka sebab aku..anak dan suami aku lah syurga aku sekarang.dan aku tak pernah marah pada allah atas apa yang berlaku..aku redha dengan ujian yang diberi..

Saturday, April 27, 2013

Ujian allah datang lagi

Salam..
Kita bersiaran dari rumah..hehe..dah lama tak update semenjak mood ke laut..semenjak pulang ke tanah air..banyak cerita sebenarnya..tapi kali ni aku terpaksa akur dengan ujian yang allah beri.
Sejak aku zaman sekolah aku memang tak tinggal dengan keluarga.duduk hostel.keluar hostel..duduk rumah sewa ramai2..masa tu zaman sekolah.rasa nak berdikari la kanon.hehe..sumpah panjang berjela mukadimah aku kan.ade aku kesah kau mak esah???harap maklum.mental aku tak sihat.hehe..
Mehla aku cerita straight to the point.maaf..english aku tak teror cam kau.maapkan hamba ye..bermula aku mewakili daerah untuk pertandingan bola jaring..aku didignose ada anemia.ala.penyakit kurang darah.masuk universiti.masa training wakil uni bola tampar.berlaku sesuatu yg tak dijangka.doktor syak aku ada talasemia dan ada kecatatan atau lubang di....biarla aku rahsia yg itu.alhamdulillah aku dah recover dan masih tak boleh buat kerja berat sebab akan beri tekanan pada fungsinya.
See..aku tanggung sorang2 dari kejauhan dan kawan2 banyak membantu.sebab tak nak menyusahkan kelurga.ya.aku seorang yang punya cita2 dan visi yang tinggi.aku tak kan biarkan sakit atau kesedihan buat hidup aku tak terurus.aku seorang yang positif.aku sentiasa pegang kata2 ya allah takkan uji hambanya jika hambanya itu tidak mampu harunginya..dan..sekali lagi allah memilih aku untuk diuji..aku yakin aku kuat.aku perlu kuat untuk baby rizqi dan suami aku.dimana aku sendiri tundakan tarikh pembedahan atas sebab urusn tugas.aku yakin allah akan bantu aku walau doktor cakap ketumbuhan tu membesar dengan cepat.aku tau risiko yang bakal jadi tapi aku rasa aku mampu bertahan.
Kepada kawan2 atau silent reader blog aku ni.aku mohon kalian doakan kesihatan aku dan pembedahan tu berjaya..
Buat masa ni hanya suami dan keluarga serta bekas student aku merangkap adik angkat iaitu lau lee hong yang tempat aku mengadu..doakan aku kuat untuk harungi semua ini ya..hidup perlu diteruskan..positif..senyum..

Thursday, March 21, 2013

Kuatkah aku

Salam..lama menyepi..maklumla sibuk dengan projek EIA yang kena bentang..sibuk buat TOR atau term of reference kata orang putih ya.
Bergelar ibu dan pelajar..aku rasa aku tak cukup kuat.menahan kantuk.boleh je en suami jaga tapi aku pula risau sebab dia kerja jenis merata.aku terpaksa tahan mengantuk.kemudian ke kelas.dengan tugasan.aku akui kadang-kadang aku tertekan.sebab aku tak dapat nak fokus pada kerja.tugasan yang lain.tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.sumpah.aku tabik springg dengan ibu-ibu berkejaya di luar yang punya title prof or dr dengan anak 4 atau 5 orang.kagumm..
Tahu tak.kadang-kadang aku terpaksa berpura gembira sedangkan hati sedih.tak mungkin aku tunjukan muka sedih tu kat suami.nant dia sedih.sebab aku perlu sentiasa ada dan tersenyum untuk dia..sebab apa? Biarlah rahsia.aku harap kesihatan aku semakin baik supaya aku dapat jaga suami dan anak aku..dapat melihat mereka.bahagia..ya allah..perkenankan doa hambamu ini.jangan kau palingkn hati ku darimu ya allah..amin

Tuesday, March 12, 2013

Baucar buku 1malaysia

Salam..hye..hye
Baucar buku 1malaysia aku dah selamat ambil kat pejabat siswazah ukm. Rm250.. Semalam aku dah selamat tunaikan kat Popular.sebenarnya jumlah perlu di bayar dlm rm300 lebih dan oleh sebab aku ni banyak benor kad ahli kedai buku..jadi jumlah yang perlu di bayar adalah rm5.70..banyak aku borong.best sangat.tak ingat dunia bila duduk dalam kedai buku..habiskan baucar buku tu dan dapat free voucher.rm50..nampak tak betapa heaven nya..nant kita boleh membeli buku lagi..
Nah..aku tempek gambau hasil borongan guna baucar buku 1Malaysia
P/s: kan bagus zaman aku pra u dan degree kerajaan bagi baucar buku ni



Monday, March 11, 2013

Produk tanamera

Salam..
Aku nak review sikit barang produk tanamera yang aku pakai sepanjng berpantang ni.mula-mula aku nak beli set tanamera postnatal.tapi sebab nenek suami dah ada brang macam bengkung.ubat dan herba-herba.akhirnya aku ambil keputusan beli brown formulation soap dan femenin herbal wash.
Pakai sabun tu..best sangat.sangat puas ati kau.sabun ni rasa mengerutu dan cam betul-betul rasa sel kulit mati tertanggal.gosok2 1badan.fresh.rasa aku nak beli lagi.tapi agak payah sikit sebab kena beli kat laman web ni
Www.tanamera.com tapi kos shipping agak mahal.rm12 tapi ada alternatif lain.boleh pergi ke outlet tanamera yang ada di central market atau di Bukit bintang.aku beli online je sebab aku malas nak naik komuter Or naik kereta ke kawasan-kawasan yang selalu jammed tu.tapi penghantaran memang cepat.puas hati lagi.yang feminin wash tu untuk bagi jahitan lepas bersalin tu cepat sembuh.alhamdulillah..hari ke 20 aku dah kembali ke ukm memulakan kuliah.hihi..



Monday, March 4, 2013

Hati seorang ibu

Salam
Alhamdulillah..masih ada peluang untuk menUpdate blog yang belum tentu ada pengunjung.ahaks..ada ku kisah?yang penting kepuasan untuk diri sendiri.
Benarlah kata orang.kasih ibu tiada tolok bandingnya.bila dah menjadi ibu baru tahu perasaan tu.bayangkan lah.aku ni memang stok penggeli.bila budak kecik poo poo.aku akan autometik boleh detect budak tu membuang.padahal orang lain rilek je.bila dah jadi mak budak.autometik penggeli tu hilang.bila baby kau tak poo poo.punye lah risau bagai nak rak.siap menGoogle la pehal la baby aku ni tak mau poo poo.punya la gelabah puyuh si ibu sampai nak bawak pergi jumpa doktor.bila anak tu dah poo  poo..si ibu or Aku la kan.akan senyum riang gumbira macam dapat award.apakah mama kau ni baby?hehe..see..nampak tak..
Paling seronok ialah apabila kau tatap muka anak kau or saling berbalas pandang.ya allah..sejuk aku rasa.rasa cam ada air terjun mengalir.sukar nak digambarkan.terima kasih ya allah atas nikmatmu ini.aku janji akan mencorakkan anugerah yang kau beri dengan sebaiknya.insyaallah
Esok dah mula nak ke kelas.mesti hati ni rindu pada sikecik.mesti rasa xsabar nak balik ke rumah..nah.ku tepek cikit wajah pengarang at8 jantung ku..si penyejuk hati.penenang jiwa


Thursday, February 21, 2013

14 Febuari 2012

Salam...
pada tanggal 14 Febuari 2012 mungkin ada di kalangan kita yang menyambut valentine day. betul kan? dimana sambutan pasangan kekasih yang meraikan cinta mereka. di mana sebagai umat islam kita dilarang untuk menyambutnya. ya allah..aku pernah menyambutnya.. di zaman kejahilan ku. ampuni aku ya allah.. moga aku terus berubah menjadi yang lebih baik.
Alhamdulillah.. pada 14 febuari 2013, tepat pukul 11.21 pagi waktu Malaysia lahirlah pengikat serta pengukuh cinta antara aku dan suami. seorang puteri yang dinamakan Nur Qaisara Rizqi yang bermaksud Cahaya Pemaisuri Rezeki.. puteriku ini ku panggil Rizqi.. dia adalah anugerah allah dan rezeki bagi kami suami isteri. Alhamdulillah. kelahirannya amat mudah. suami menemani seawal aku dimasukkan di dalam dewan bersalin dan sehinggalah aku selamat melahirkan puteri kami. namun atas alas an lain aku ditolak ke dewan bedah. selesai sedar dari pembedahan, badan aku kaku akibat bius.orang pertama yang aku Nampak ketika sedar adalah suami ku. aku tidak dapat bergerak akibat dari kesan bius. perasaan ibu tu amat kuat. Alhamdulillah..jururawat tunjukkan aku bayi kami..terus aku tersenyum. esoknya aku bangun awal.terasa mendapat semangat baru bila si puteri berada di samping aku (malam tu aku tidur tanpa bayi sebab doctor tak benarkan kerana badan masih tak dapat gerak dari kesan bius pembedahan).aku minta jururawat tanggalkan kantung urin sebab aku nak pergi tandas.berkat usaha aku sendiri aku mampu pergi ke tandas tanpa bantuan jururawat seperti sebelum ini.. peluang nak minta balik ke rumah sangat cerah sebab aku dan baby tunjukkan perubahan positif. doctor nak masukkan lagi darah tapi aku menolak sebab aku rasa aku sihat. (muk pucat sangat) namun doctor akhirnya bersetuju setelah aku berkeras.
pada hari yang sama juga keputusan peperiksaan keluar. ya..aku sarat kemudian pergi belajar, ambil 6 subjek untuk 1 semester bagi peringkat master memang amat mencabar..kerja luar merata tempat untuk siapkan laporan.bayangkan dengan bawak perut ni aku ke Tasik Chini sampai ke Langkawi untuk siapkan laporan.gigih kan.alhamdulillah..usaha aku berbaloi bila aku dapat 5A dan 1B+ dengan pointer 3.84. syukur sangat-sangat. suami hadiahkan aku kamera Nikon kerana tugasan dan kerja aku banyak memerlukan kamera untuk setiap laporan yang dihantar. mungkin si suami kasihan tengok aku bawa DsLr ke hulu kehilir dan kamera Olympus pink aku yang rosak kerana di pinjam oleh kawan yang tidak mengaku merosakkanya. mungkin bukan rezeki aku kan. simpan je la kamera tu.hihi.ok lah..sampai sini je aku membebel..puteri dah mula merengek.
sekian, salam

Thursday, February 7, 2013

Hari kedua di hospital

Salam
Sekarang aku masih terbaring atas katil wad.rindu en suami
Macam-macam ujian dah buat.pg tadi je 3botol darah diambil dalam 1masa untuk apa tah.malas aku ambil tau.yang penting anak aku selamat.tangan kanan sukar nak digerakkan sebab dah bengkak hasil dari tusukan jarum tu.redha je hati ni..
Esok pagi doktor nak buat ujian apa tah lagi..kepala aku penin.sarat.tapi tak nak fikir banyak-banyak.buat tekanan darah naik.tak ke naya.elok aku sihat..nanti jadi pulak kena operate.huii..takut..nurse dh datang utuk periksa lagi..
Sekian

Tuesday, February 5, 2013

Bosan jadi orang sakit

Salam semua..syukur alhamdulillah sebab masih lagi berpeluang untuk berblogging.maafla sebab tak rajin nak pos cerita terbaru.sebab masih lemah.sebab pura-pura kuat sebab tak nak risaukan suami tercinta.
Alhamdulillah..adik aku yang tunang tahun lepas dah selamat jadi isteri orang.barakallah intan..aku balik hari.ya.bertolak seaeal 7.30 ke perak.sebab aku tumpang kereta pengarah yang ada jemputan di perak juga.ajak la sekali singgah ke rumah..lepas tu terus ke port dickson sebab suami dan pengarah ada majlis kat sana.tolong-tolong apa yang patut.aku duduk jela.tak kuasa nak jalan kau.dah 38 minggu.sampai rumah selepas maghrib.balik dari perak ke pd..kami sempat buat jamak kat masjid sungkai.penat jangan cakap la..
Ahad pula dalam pukul 7.30 gerak ke pd.program my beutiful malaysia yang dirasmikan oleh Menteri besar Negeri Sembilan.
Hari isnin..aku ade apoinment pukul 9 pagi.9.30 baru aku sampai.wat chekup semua..bayangkan..pukul 11.30 baru selesai.dah la belum breakfast.sakit jantung tunggu semua..aku direfer kepada 2orang doktor.alhamdulillah.tekanan darah ok.yang lain tak ok.nasib aku selamat.doktor nak wardedkan aku sebab malam tu aku tak boleh bernafas.check cik jklmn..lemah.nasib la aku bagitau mungkin aku tak cukup rehat kan.so doktor terima alasan aku
Semalam aku hanya melipat baju..basuh dan jemur baju..gosok baju en suami..pastu terlentang kau..terus dapat amaran akhir kalau tak huny call ambulan terus.hehe..nasib pagi ni suami ada program kat tampin.selamat aku.bukan apa..kesian aku tengok dia balik keje.pergi kerja awal pagi.tak sampai hati nak suruh dia buat kerja tu semua.jadi hari ni aku jadi budak baik.lepak atas katil bertemankan bantal busuk dan novel yang baru beli.rehat sebab memang tak sihat.aku yak sihat xpe.yang penting baby aku sihat.ok..sekian


Thursday, January 24, 2013

Suamiku..

Salam..
Kali ni nak cakap pasal suami.ye..suami kita tak sama..hehe.tapi aku bersyukur sangat dengan suami aku ni..ya..suami aku bukan ade master phd.bukan gaji puluh-puluh riban.dia hanya orang biasa.bukan punya kereta mewah menjalar.tapi dia punya hati yang tulus.yang ikhlas.tak pernah langsung tinggikan suara melainkan aku yang salah.dia akan meminta maaf dan memaafkan aku disaat itu jugak..
Ya..dia lelaki itu..dia imam solatku.dia bakal bapa kepada anak yang aku kandungkan.tak pernah langsung permintaan aku dia tak tunaikan.ya allah..terima kasih sebab kau hadirkan dia buatku..8 tahun..bermula sebagai kawan..tunang dan di ijabkabulkan sebagai suami isteri.walau suami aku tak sekacak suami-suami orang lain di luar.namun aku dah cukup bahagia.kami saling lengkap melengkapi.dia ada dikala aku jatuh dan bangun dalam menghadapi dugaan hidup.dia bagi aku sokongan dan menyokong aku dikala aku perlukan seseorang untuk menyokongku.dia sanggup berjaga malam untuk jaga aku sewaktu sakit.
Ya allah..aku pohon izinmu..berkatilah rumahtangga kami..panjangkanlah jodoh kami serta tetapkan hati dan keimanan kami kepada mu.jangan biarkan kami hanyut dengan duniawi.
Suami Muhammad Shariffuddin bin Saedin..terima kasih atas segalanya.huny akan jaga b.jalankan tanggungjawab huny sebagai isteri dan akan sentiasa menjadi isteri yang menjadi jambatan syg ke syurga.insyaallah..walau apa pun yang mungkin terjadi..huny harap b kuat untuk terima ujian yang allah beri pada kita. Cinta,kasih sayang yang ada tak pernah pudar malah makin mekar mewangi..

Sunday, January 20, 2013

Tabahkan hati ini

Ya allah. Rasa remuk hati ni.tuhan je yang tau.minggu lepas aku ponteng chekup.minggu ni aku pergi.semua result sangat teruk.
Ya allah..aku harap aku mampu hadapi semua ni.stop.xde mood

Monday, January 14, 2013

Menanti kehadiranya

Alhamdulillah..selesai sudah ujian akhir semester.dah mula cuti.sekarang ni nak bersedia mental dan fizikal untuk kelahiran bayiku.hari ni seawal pagi dah gerak ke ukm.ada bengkel.mengantuk usah cakap la.allah je yang tahu.selesai juga keluar dari kolej.semester depan aku akan berulang alik je. Jaga anak dan suami.
Informasi yang aku dapat.tiket flight telah ditempah untuk audit sisa pepejal di langkawi.jadi encik suami akan jadi mr mama untuk seminggu ketika ketiadaan aku.hihi..mesti anda semua pelik kan.selalunya aku guna bahasa rojak.azam tahun ni untuk memartabatkan bahasa melayu.sekian

Monday, January 7, 2013

Final exam

Salam..
Kala entri ni dipublish..aku masih kat ukm.paper exam bermula hari ni.nebess..huii..baby in my stomach.haha..xde buterfly la wei..hihihi..giler nantok..pukul6 baby dah kejut.excited g fac awal kau..padahal paper pukul10. Abaikan sebab memang nak ambil mood exam..ni bukan zaman degree dulu ye kanak2..now lagi mencabar..memerlukan knowlredge yang tinggi.cehh..ayat poyos nak meninggal..
Sebenarnya tak nak duduk bilik sorang2..merindui en suami.tiap2 malam terbayang..gila angau kot.xpe..dah halal kan..bukan aku je.baby dalam pewut ni pun rindu kat papa dia. So..jangan salahkan ibu mengandung ya.hehe..
Paper exam aku tiap hari ye.selasa sampai jumaat. Jumaat..hari yang tak sabar ditunggu..nak kemas barang dan terus chekout..tak nak pjj dengan suami dah. Melainkan dia outstation dan aku busy dengan fieldwork merata ceruk tempat kan..ni seminggu pun dah rasa cam ape tah..tak sama feel tu bila dah kaweng dan masa single mingle. Masa single..aku tak heran kot.ni dah jadi suami.lain wooo..tanggungjawab tu.especialy makan pakai suami tu.lagi aku dah hampir sarat dah 8bulan lebih ni.gigih jangan cakap la.
Ok lah..dari aku terus melalut-lalut ke laut..baik aku berhenti dulu..nak releasekan kepala sebelum masuk dewan exam.. Plis..do pray for me and my baby..
Ya allah..permudahkanlah segalanya bagi kami dan lindungilah kami dari perkara yang tidak baik..aminn..

Tuesday, January 1, 2013

2012 dan 2013

Salam..
Selamat datang 2013. .tahun 2012 dah berlalu pergi..kenangan yang pahit dan manis..mostly banyak yang manis.alhamdulillah..mana yang pahit tu..kt jadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik.
Tahun 2012..aku sah menjadi isteri kepada suami tercinta.punya kerjaya sendiri.namun allah merancang yang terbaik..aku sakit 3bulan dan tak sedar sebenarnya aku mengandung 3bulan.alhamdulillah..rezeki dari yang Esa. Suami suruh berehat dan jangan stress dengan kerja.ya..aku stress dengan kerja. Kemudian aku dapat tawaran belajar..alhamdulillah..rezeki.allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..kemudian aku dapat tajaan dari kementerian tinggi.syukur sangat-sangat. Kemudian berita gembira lagi.dapat tajaan sara diri..dengan kandungan ni..aku belajar menjadi lebih matang.lebih menjadi isteri yang pandai uruskan suami.ya allah..terima kasih atas nikmat yang kau beri..
Tahun 2013..insyaallah..anugerah yang allah berikan pada kami..akan kami corakkan dengan yang baik.moga dengan kedatangannya mengubah kami menjadi suami isteri lebih baik.aku tak pernah meminta lebih kerana aku dah punya suami yang melengkapkan aku dan dengan kehadiran si kecil ni bakal melengkapkan lagi hidup kami.insyaallah.azam tahun baru..biarlah hanya allah..aku..suami dan baby yang tahu. Sebab aku yakin allah punya perancangan yang baik untuk kami.sebaik-baik perancang hanyalah allah yang Esa..