Wednesday, October 24, 2012

Coach wanita

Halu..halu..
Update fresh dari ladang..hihi..ni aku update dari dalam ktm.coach wanita.
Hmm..mengenai coach wanita.aku rasa macam iklan kerajaan atau orang malaysia ni tak pandai mengeja ke..membaca ke..tak tahu la hai..oleh kerana aku malas atau senang cerita nak jimat kos tol dan minyak kereta..makanya haruslah aku menggunakan khidmat keretapi tanah melayu dari seremban ke ukm.
Memang nampqk sangat.dalam coach wanita ni..ramai je kaum lelaki yang buat muka tembok duduk dalam coach wanita.siap buat muka tak bersalah kan.lain la kalau kau pakai tudung ke,skirt ke..kemban kain batik ke..oppss..terlebih sudah.so,nampak sangat lah pendekatan coach wanita hanya untuk wanita kurang berkesan.lagi kat situ ada highlight.beri tempat duduk pada yang memerlukan..macam tak berkesan juga.contoh nya..aku bagi kes aku jela.pregnant women dengan kandungan hampir 6bulan.dah nampak perut tu.tap boleh pulak pakcik,mamat dan gadis ni tengok je perut aku dan pura-pura tidur.see.. What the fish sungguh la.kalau tak kesian kat aku no..kesian jela kat auntie2 or nenek tua tu dik..hmm...dan dalam kes aku..agak memalukan bila orang melayu sendiri pura-pura buat tidur sedangkan ada seorang lelaki cina berikan aku tempat duduk.
Nampak tak..tu semangat 1 malaysia dan juga lelaki cina tu baca.beri tempat pada yang memerlukan.kalau aku tak mengandung,aku pun tak kisah tak dapat tempat duduk.
Wahai rakyat malaysia..macam-macam iklan yang kerajaan buat.tapi tak terkesan di hati anda.anda harus ingat.roda itu bulat.anda belum tentu selamanya diatas.mungkin di kala anda sihat,anda tak nampak apa yang ingin disampaikan.tetapi bila anda sakit,tak larat.anda akan faham mengapa perkataan memberi kepada yang memerlukan itu penting.
Sekian.. 
P/s :habis mengomel..alhamdulillah..lagi 1 stesyen sampailah aku ke destinasi. ;)

Thursday, October 18, 2012

Kesakitan..cepatlah habis clas

Jumaat..clas seawal pukul 9 pg.semalam aku diserang sakit melampau.sampai nangis woo..huby berkeras nak datang ambil.tapi aku tak bagi sebab hujan lebat.tak tau la nape.makan pun tak de selera.baby aku pun maybe terasa sakitnya.kuat dia tendang.malam tadi just makan bubur dengan horlick.tak abis pun.aku siap bagi zaris supaya habiskan.
Bukan aku tak nak ponteng clas.tap sebab sayang.aku suke subjek law tu.ni aku tunggu clas petang.kalau agak tak boleh tahan,aku cabut balik la.
Dah la aku banyak kerja tak siap.mana ade field work lagi.nak tak nak aku kena kuat.habiskan semua kerja. Ya allah..jika sakit ini penghapus dosa..aku redha.

Thursday, October 11, 2012

Banyak yang perlu dibincangkan

Hmm..tak sabar jumpe encik suami.esok selepas kelas,ambil suami di stesyen ktm ukm.sebabnya nak hantar kereta ni balik seremban untuk servis.yela.tiba-tiba hari no 3x mati enjin.haruslah takut kan.
Aku dah dapat block date untuk field work.2-4 nov insyaallah akan ke nusajaya buat kajian.ni pun tadi dapat peta.nak buat predict impact untuk projek di melaka.minggu depan ada 2 SIA or social impact assessment nak kena hantar.haduii.. Lagi dapat berita akan ke tasik chini untuk kajian. Kajian di langkawi pula tak tahu la bila tarikh keluar.
Lagi esok prof nak tanya mengenai akta 172.matilah aku tak habis study lagi.perancang bandar dan desa.pening-pening.
Hmm..ada lagi.oleh sebab penyakit aku.ade potensi aku akan menjalani op.baby..kt xnak op kan?kt kena kuat sayang..so..bulan depan mungkin doktor akan check lagi.harap semua baik ya.sebab bulan depan jadual penih dengan field work.aku kena alert dengan appoinment aku dengan doktor.ya allah..kau permudahkanlah segalanya bagi ku..


Monday, October 8, 2012

Aku dan hari ini

Salam.
Hari ni penat sangat sebab awal pagi ade chekup baby.subhanallah..dengar bunyi heart beat baby..kemudian scan.nampak..tapi masih tak tahu jantina.habis je chekup..terus pergi buat medical chekup.doktor masih membebel..hari ni result darah tak best.sbb dari 13 turum ke 11.7  hehe..amek kau..dapat stok bekalan ubat.hmm..
Selesai urusan,balik rumah ambil kereta dan drive ke ukm.hantar kereta sebab dah tak tahan.tapak kaki sakit dan bengkak akibat berjalan..berdiri.mungkin sebab aku ni juga penghidap talasemia..hmm..sebab tak larat nak berebut naik bas dan berdiri.mungkin perut aku kecil.so tak ada yang perasaan aku mengandung.tak pela. . .sabar jela.oh ya..suami follow sampai ukm.kemudian aku balik semula ke seremban sebab nak uruskan dokumen tajaan tu.insyaallah mingu depan aku balik lagi untuk 2 lagi tajaan yang lain.doakan aku berjaya ya.
Lecturer iaitu ketua fac pulak suggest aku terus sambung phd.ermm..bersedia kah?insyaallah akan difikirkan. Oklah.esok ade class pagi.kena bagun awal sebab nak kejar komuter.
Gud nite..salam

Sunday, October 7, 2012

terima kasih ya allah

alhamdulillah...
selepas berjaya mendapat biasiswa dari kementerian pengajian tinggi, sekali lagi permohonan tajaan aku berjaya..sangat-sangat gembira.alhamdulillah..alhamdulillah..so,setiap minggu memang aku kena balik untuk uruskan dokumen-dokumen yang diperlukan. cukup rasanya untuk kajian dan makan aku di luar.memang lah aku sudah punya suami. tak salah kiranya aku mengurangkan beban suami. boleh juga kami menyimpan untuk menyambut bakal zuriat kami.insyaallah awal tahun depan.
 alhamdulillah juga sebab dah selesai proses pengubahsuaian bilik. tambahan bilik tidur. tak kan nak post gamba bilik tidur kan..ia adalah privacy kami.memang penat.rasa nak patah pinggang sebab semalam, lepas sampai je dari jodoh..suami teringin nak makan sup ayam.buatkan sebab kesian suami drive sorang-sorang sedangkan aku membebel kat sebelah.hihi.. suami siap warning supaya tunggu dia bangun tidur.baru proses mengemas boleh dibuat.nama pun orang degil kan.suami tidur,aku senyap-senyap keluar dan cuci kereta aku.lepas tu aku cuci bilik.suami dapat tau..makan bebelan la kan.hihi..
hari ni pula aku dan suami mengemas bilik yang lama.hadui..pening kepala tengok barang sampah suami..2plastik hitam besar sarat dengan sampah baang-barang suami..sabar jela kan.
sedang aku kepenatan.biasala..habuk itu bolehmenyebabkan aku tak boleh bernafas.rehat atas katil (lupa..semalam curi-curi makan kacang..kena attack la)..so..sementara encik suami mengemas..aku layan feeling ala-ala mem besa dalam bilik.bila dah siap kemas..mak aii..suprise sebab ade gamba aku kat meja solek la.kat tempat charger la..hihi..takut rindu bila aku balik la tu..hihi..mumy pun rindu dady tau..sedih pula sebab esok nak berpisah..berpisah seminggu rasa cam setahun.hihi..hebat kan penangan cinta selepas nikah.tersangat indah dan halus perasaan tu. alhamdulillah sebab allah menguji kita.terima kasih ya allah atas rasa kasih yang diberi.rasa cinta kepada suami..ya allah..aku harus kuat untuk suami..untuk anak kami.
esok pagi ade chekup baby dan fully medical chekup untuk aku.doakan kami ya.. mata pun dah berat..cukuplah sampai sini..saya undur diri..salam

Aku..baby dan medical chekup

Sekadar entri pendek.
Esok ade chekup baby..lepas tu medical chekup utk aku pulak.doakan kesihatan semakin baik ya.harap juga doktor kali ni xkasar cam yang dulu.

Wednesday, October 3, 2012

Suh huby msok mesin bsuh

" pepagi masuk pejabat suami.nak jumpe pengarah dia.pastu bergegas g kelas pulak.dah pergi..prof kat penang.tgok struktur jmbatan penang..haduuii..ponet je de bgogas hah.makan 2biji kacang.terus dada sakit.hah..tu la.dogil.tak mulih makan kacang nak jugak.nasib xsesak nafas.siapa nk bg i cpr??hehe..nasib badan la kan.aku mang tak boley mkan kcang skrng.mest auto gear sesak nafas..sakit dada tu secara berpakej datang..ok2..meh sambung tajuk diatas.ni berkenaan denhan kiriman sms..korang baca jela ue.
"cayang..nant lik kije tanggal sume.pastu msok mesin basuh tau.huny nk mand n solat dlu".

Tu mesej aku hanta kat huby mase aku terkocoh balik dari kuliah.penat kau.sampai salah anta ayat mesej.
Lepas tu ak anta second mesej dan bgtau camni :

"bukan cayang tau.tap baju koto stokin dan sewaktu dengan nya"

Haa..gelak kan aku la tu. Gggrrr...

Ni kes masa huby aku ambil aku kat stesyen ktm.ak kan nantok..ak msj dier.. :

"tiroi..tiroi..next stesyen labu..
Labu..labu..mind your own step"

Laki aku reply masa ak ckp dh dekat seremban : "mana cayang ni?b da bjemur cam ikan kering nih"

Spontan teros aku gelak..aikk.huby ak naik keta.tu pun da jadi ikan kering ke?tetiba kat kepala terbayang suami dijemur cam ikan kering tepi pantai..hahaha..gle sengal ubi aku pk kan?maaf en suami..

Dari berempat tinggal berdua

Salam..
Hye..mood kelaut pulak.sebab?simple je..lecturer xinform class tak de.hmm..sabar jelah.lagi tadi dapat brita..cos yang aku ambil iaitu penilaian impak sosial dan sekitaran ni..dari 4 orang yang ambil..tinggal aku dengan chris je.sebabnya budak 2 orang tu tak sanggup nak ambil dan teruskan sebab susah.sebab mereka xde asas.
Nak cakap pasal asas.aku dengan chris pun bukan background dalam fizikal dan impak.mungkin sebab minat.sebab tu aku ambil.tak pela kan..reason mereka cakap aku lecturer..chris pulak tutor..hmm..ade kena mengena ye. Ya..aku kena kuat walau cos aku tak ramai berani nak ambil.bebudak 2 orang tu tuka cos ke pembangunan sosial.hmm..xpela.doakan aku berjaya habiskan cos yang aku ambil ni secepat mungkin dengan cemerlang ya.buat kementerian pengajian tinggi..terima kasih atas biasiswa yang di beri.aku yakin tak kan sia2 kan.insyaallah..