Thursday, January 24, 2013

Suamiku..

Salam..
Kali ni nak cakap pasal suami.ye..suami kita tak sama..hehe.tapi aku bersyukur sangat dengan suami aku ni..ya..suami aku bukan ade master phd.bukan gaji puluh-puluh riban.dia hanya orang biasa.bukan punya kereta mewah menjalar.tapi dia punya hati yang tulus.yang ikhlas.tak pernah langsung tinggikan suara melainkan aku yang salah.dia akan meminta maaf dan memaafkan aku disaat itu jugak..
Ya..dia lelaki itu..dia imam solatku.dia bakal bapa kepada anak yang aku kandungkan.tak pernah langsung permintaan aku dia tak tunaikan.ya allah..terima kasih sebab kau hadirkan dia buatku..8 tahun..bermula sebagai kawan..tunang dan di ijabkabulkan sebagai suami isteri.walau suami aku tak sekacak suami-suami orang lain di luar.namun aku dah cukup bahagia.kami saling lengkap melengkapi.dia ada dikala aku jatuh dan bangun dalam menghadapi dugaan hidup.dia bagi aku sokongan dan menyokong aku dikala aku perlukan seseorang untuk menyokongku.dia sanggup berjaga malam untuk jaga aku sewaktu sakit.
Ya allah..aku pohon izinmu..berkatilah rumahtangga kami..panjangkanlah jodoh kami serta tetapkan hati dan keimanan kami kepada mu.jangan biarkan kami hanyut dengan duniawi.
Suami Muhammad Shariffuddin bin Saedin..terima kasih atas segalanya.huny akan jaga b.jalankan tanggungjawab huny sebagai isteri dan akan sentiasa menjadi isteri yang menjadi jambatan syg ke syurga.insyaallah..walau apa pun yang mungkin terjadi..huny harap b kuat untuk terima ujian yang allah beri pada kita. Cinta,kasih sayang yang ada tak pernah pudar malah makin mekar mewangi..

Sunday, January 20, 2013

Tabahkan hati ini

Ya allah. Rasa remuk hati ni.tuhan je yang tau.minggu lepas aku ponteng chekup.minggu ni aku pergi.semua result sangat teruk.
Ya allah..aku harap aku mampu hadapi semua ni.stop.xde mood

Monday, January 14, 2013

Menanti kehadiranya

Alhamdulillah..selesai sudah ujian akhir semester.dah mula cuti.sekarang ni nak bersedia mental dan fizikal untuk kelahiran bayiku.hari ni seawal pagi dah gerak ke ukm.ada bengkel.mengantuk usah cakap la.allah je yang tahu.selesai juga keluar dari kolej.semester depan aku akan berulang alik je. Jaga anak dan suami.
Informasi yang aku dapat.tiket flight telah ditempah untuk audit sisa pepejal di langkawi.jadi encik suami akan jadi mr mama untuk seminggu ketika ketiadaan aku.hihi..mesti anda semua pelik kan.selalunya aku guna bahasa rojak.azam tahun ni untuk memartabatkan bahasa melayu.sekian

Monday, January 7, 2013

Final exam

Salam..
Kala entri ni dipublish..aku masih kat ukm.paper exam bermula hari ni.nebess..huii..baby in my stomach.haha..xde buterfly la wei..hihihi..giler nantok..pukul6 baby dah kejut.excited g fac awal kau..padahal paper pukul10. Abaikan sebab memang nak ambil mood exam..ni bukan zaman degree dulu ye kanak2..now lagi mencabar..memerlukan knowlredge yang tinggi.cehh..ayat poyos nak meninggal..
Sebenarnya tak nak duduk bilik sorang2..merindui en suami.tiap2 malam terbayang..gila angau kot.xpe..dah halal kan..bukan aku je.baby dalam pewut ni pun rindu kat papa dia. So..jangan salahkan ibu mengandung ya.hehe..
Paper exam aku tiap hari ye.selasa sampai jumaat. Jumaat..hari yang tak sabar ditunggu..nak kemas barang dan terus chekout..tak nak pjj dengan suami dah. Melainkan dia outstation dan aku busy dengan fieldwork merata ceruk tempat kan..ni seminggu pun dah rasa cam ape tah..tak sama feel tu bila dah kaweng dan masa single mingle. Masa single..aku tak heran kot.ni dah jadi suami.lain wooo..tanggungjawab tu.especialy makan pakai suami tu.lagi aku dah hampir sarat dah 8bulan lebih ni.gigih jangan cakap la.
Ok lah..dari aku terus melalut-lalut ke laut..baik aku berhenti dulu..nak releasekan kepala sebelum masuk dewan exam.. Plis..do pray for me and my baby..
Ya allah..permudahkanlah segalanya bagi kami dan lindungilah kami dari perkara yang tidak baik..aminn..

Tuesday, January 1, 2013

2012 dan 2013

Salam..
Selamat datang 2013. .tahun 2012 dah berlalu pergi..kenangan yang pahit dan manis..mostly banyak yang manis.alhamdulillah..mana yang pahit tu..kt jadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik.
Tahun 2012..aku sah menjadi isteri kepada suami tercinta.punya kerjaya sendiri.namun allah merancang yang terbaik..aku sakit 3bulan dan tak sedar sebenarnya aku mengandung 3bulan.alhamdulillah..rezeki dari yang Esa. Suami suruh berehat dan jangan stress dengan kerja.ya..aku stress dengan kerja. Kemudian aku dapat tawaran belajar..alhamdulillah..rezeki.allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..kemudian aku dapat tajaan dari kementerian tinggi.syukur sangat-sangat. Kemudian berita gembira lagi.dapat tajaan sara diri..dengan kandungan ni..aku belajar menjadi lebih matang.lebih menjadi isteri yang pandai uruskan suami.ya allah..terima kasih atas nikmat yang kau beri..
Tahun 2013..insyaallah..anugerah yang allah berikan pada kami..akan kami corakkan dengan yang baik.moga dengan kedatangannya mengubah kami menjadi suami isteri lebih baik.aku tak pernah meminta lebih kerana aku dah punya suami yang melengkapkan aku dan dengan kehadiran si kecil ni bakal melengkapkan lagi hidup kami.insyaallah.azam tahun baru..biarlah hanya allah..aku..suami dan baby yang tahu. Sebab aku yakin allah punya perancangan yang baik untuk kami.sebaik-baik perancang hanyalah allah yang Esa..