Tuesday, September 4, 2012

Mereka juga manusia

Salam..
Bersua kembali..baru-baru ni aku ade baca satu blog.bercerita mengenai klinik methadone.ya..klinik terapi methadone yang dah semakin banyak di malaysia ni.methadone ialah sejenis opiat atau bahan penganti yang digunakan oleh penagih dadah yang telah insaf atau kembali ke pangkal jalan.tak semua penagih dadah boleh menggunakan methadone kerana ia di kawal oleh kerajaan dan ia bergantung dengan jenis dadah yang diambil. Dos juga akan semakin berkurangan bergantung dengan kesan kepada pesakit.bagi di AADK..penagih dadah ni dipanggil pesakit.means mereka ni sakit dan perlu dirawat.
sebab itu wujudnya pusat khidmat dan klinik methadone kerana ia adalah salah satu usaha ke arah kepulihan klien.
Kepada masyarakat di luar sana..terutama keluarga pesakit itu sendiri..tolonglah..saya memahami perasaan mereka kerana mereka ada yang pernah menjadi klien saya..mendapatkan kaunseling..jangan dipinggirkan mereka.mereka juga manusia.mereka memerlukan sokongan anda untuk berubah.memang mereka bersalah.tetapi beri mereka peluang jika mereka benar-benar berubah..
Pengalaman saya di klinik.saya tahu lelaki itu pesakit.di kantin saya nampak dia minta air.kemudian kakak kantin cakap xde.lelaki tu pandang muka saya..kemudian dia pergi le arah orang lain dan minta duit untuk beli minuman.malangnya lelaki tersebut hanya ada rm1.saya tak sampai hati..hulurkan duit kepada kakak kantin untuk bayarkan.mungkin bagi pendapat orang lain tak perlu bagi.tap bagi saya mereka juga manusia.sekadar membayar harga minuman dan makanan..anggaplah anda menolong kerana allah.kepada masyarakat diluar sana..jangan mencebik jika orang memberi pertolongan tetapi anda harus malu jika membiarkan anak bangsa kita rosak akibat najis dadah.

No comments: