Wednesday, October 24, 2012

Coach wanita

Halu..halu..
Update fresh dari ladang..hihi..ni aku update dari dalam ktm.coach wanita.
Hmm..mengenai coach wanita.aku rasa macam iklan kerajaan atau orang malaysia ni tak pandai mengeja ke..membaca ke..tak tahu la hai..oleh kerana aku malas atau senang cerita nak jimat kos tol dan minyak kereta..makanya haruslah aku menggunakan khidmat keretapi tanah melayu dari seremban ke ukm.
Memang nampqk sangat.dalam coach wanita ni..ramai je kaum lelaki yang buat muka tembok duduk dalam coach wanita.siap buat muka tak bersalah kan.lain la kalau kau pakai tudung ke,skirt ke..kemban kain batik ke..oppss..terlebih sudah.so,nampak sangat lah pendekatan coach wanita hanya untuk wanita kurang berkesan.lagi kat situ ada highlight.beri tempat duduk pada yang memerlukan..macam tak berkesan juga.contoh nya..aku bagi kes aku jela.pregnant women dengan kandungan hampir 6bulan.dah nampak perut tu.tap boleh pulak pakcik,mamat dan gadis ni tengok je perut aku dan pura-pura tidur.see.. What the fish sungguh la.kalau tak kesian kat aku no..kesian jela kat auntie2 or nenek tua tu dik..hmm...dan dalam kes aku..agak memalukan bila orang melayu sendiri pura-pura buat tidur sedangkan ada seorang lelaki cina berikan aku tempat duduk.
Nampak tak..tu semangat 1 malaysia dan juga lelaki cina tu baca.beri tempat pada yang memerlukan.kalau aku tak mengandung,aku pun tak kisah tak dapat tempat duduk.
Wahai rakyat malaysia..macam-macam iklan yang kerajaan buat.tapi tak terkesan di hati anda.anda harus ingat.roda itu bulat.anda belum tentu selamanya diatas.mungkin di kala anda sihat,anda tak nampak apa yang ingin disampaikan.tetapi bila anda sakit,tak larat.anda akan faham mengapa perkataan memberi kepada yang memerlukan itu penting.
Sekian.. 
P/s :habis mengomel..alhamdulillah..lagi 1 stesyen sampailah aku ke destinasi. ;)

No comments: