Thursday, April 21, 2011

miang keladi

hmm..kawan-kawan..patot tak aku tuka number hp aku lagi..again...aku naik rimas dan muak dengan perangai manusia ni..dah ada isteri..tapi masih nak menggatal..bukan menggatal sabah ya..nak cakap orang tua..nampak pula xde sopannya..kite pnggil warga gangsa la ya..huhu..betul..aku sangat-sangat tak paham..kalau setakat mesej atas urusan kerja..call pun atas urusan kerja..boleh la aku terima..tapi..ya allah..tolonglah..umur pun umur abah aku..tak perlu la aku sebut mereka ni dari jabatan mana,kementerian mana..patotnye mereka ni patut malu dengan aku..yela..maybe anak-anak mereka pun sebaya aku..macam peluru berpandu panggilan masuk tanpa henti..aku tak jawab derr...maaf ya..aku takkan jawab sebarang panggilan masuk yang xkeluar sebarang nama..bukan la aku nak poyo or bajet semua suke aku..x..aku juz rasa malu dan geram.. contohnya mesyuarat ketua-ketua jabatan peringkat daerah..ade la seorang ketua jabatan ni usha-usha dan afta meeting,datang dan tanya..awak ni ade kakak ke??muka awak familiar la..erm..ayat da lapok la pakcik oi...aku pun sedapkan bahasa..xde la..pelanduk 2 serupa kot..tapi ada juga yang tanya..selalu nampak awak kat majlis mb ngan kat istana yam tuan..okeh..itu boley diterima...sebab aku memang wujud pun..tapi tak perlu la kau nak promote kat kengkawan yaang kau kenal aku kan??haaishhh..kawan-kawan..pelu tak aku tuka no phone???

Saturday, April 16, 2011

resahnya jiwa

Selebat gerimis di hati..
Semisteri air di Laut Mati..
Mengapa kau menangis duhai diri?
Mengapa kau merasa dunia ini tidak lagi beerti?
Mengapa kau meragui kasihnya Illahi?
Mengapa kau tidak percaya adanya Allah di sisi?

Kau mencari-cari..
Meraba-raba di gelap hati pada malam hari yang sepi..
Kau bingung. Nanar dalam ramai.
Kau tidak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi.
Kau menanti, bilakah yang kau mahu akan bisa kau dapati.
Kau merasa Tuhan tak lagi menyayangi.
Mengapa?
Mengapa begitu?
Oh, jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang baik,
Jiwa yang rindu,
Cuma engkau keliru...
Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sedang menzalimi dirimu..
Padahal engkau tidak berhak disakiti..
Jasad dan rohmu adalah anugerah terindah dari Illahi,
Maka mengapa engkau tegar melukai?
Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau jiwa yang besar yang dikasihi Tuhan.
Engkau jiwa hebat yang benar-benar berpotensi menyengat
Engkau jiwa kebal yang kali pada ujian
Engkau sebenarnya berambisi tinggi, lalu mengapa kau pilih untuk tersakiti?
Jangan! Sekali-kali jangan!
Engkau sentiasa punya satu lagi pilihan.
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan.
Kembali berteduh di bawah redup kasih Illahi.
Kembali kepada DIA.
Ya, bak kata para cendikiawan
"Bersama Tuhanmu, apapun mungkin!"
"Bersama Tuhanmu, kekalahan pun adalah kemenangan."
Maka, tak harus berduka gitu dong!
Senyum!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011)

hye sume..just nak share and inform...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan bermula pada 22 April sehingga 1 Mei, bertempat di PWTC.korang sume  sudah sediakan senarai panjang buku-buku untuk dibeli? Sudah mengira berapa bajet pembelian tahun ini?waaaaaaaaaaaaa...xsabarnya nak pergi..
saya kan ulat buku..hantu buku..ni la tempat yang patot sy pergi kan?? olmost dah penuh 2almari dengan buku-buku ilmiah dan novel..xmembazir kalau kita beli buku kan?? aku pon akan pastikan tiap bulan aku akan beli 2buah buku atau lebih..xpecially novel la kan..
ape lagi..jom serbu pwtc ramai-rmai lepas ni

Friday, April 15, 2011

semalam

semalam...
dengan tangan luka..
kepala sakit...
dalam kul3 pagi...
tibe-tibe dada aku rasa sakit sangat..
jantung aku..rasa macam dicucuk- cucuk dengan garfu..
ehhh..macam mkan stik kau...men garfu..huhu..
tapi memang sakit sangat...
sampai tertidur aku menahan sakit...
pe la nasib aku kan...

Tuesday, April 12, 2011

aku lepas kau pergi..

kau..
yang penah hadir dalam hidupku..
aku lepaskan kau pergi...
kau punya sayap...
terbangla la..sebebas-bebasnya....
aku tidak lagi menjagamu..
mahupun akan menjadi seperti dulu yang selalu disisimu..
kini aku lepaskan kau pergi...
aku redha andai ini takdir kita...
berbahagiala kau bersama kawan- kawan yang sentiasa menemani...
aku harap jangan kau kesali apa yang telah terjadi...
dan jangan ditangisi andai aku benar-benar ingin pergi...
cukupla rasa apa yang ku rasai ini..
kerana aku benar- benar tidak menginginkan ini terjadi...
ku doakan kau bahagia di kemudian nanti...
pergilah...
ku lepaskan kau pergi......

Sunday, April 10, 2011

allah masih menguji

salam
alhamdulillah..masih lagi berpeluang bernafas dan menyedut udara di bumi allah ni..
pemergian aku bukanla atas sebab membawa ati yang terluka..tidak..hati aku telah lama sembuh..sembuh dengan cara aku sendiri..
aku pun tak tau macamna aku boleh decide terus cam tu kan..tap biala aku je yang tau.yang pasti, 28 hb ni..aku harapkan keputusan yang baik..aku tau allah takkan uji aku or family aku kalo kami xkuat..tapi aku harapkan keajaiban..bantulah kami ya allah..terutama abah aku..abah terlalu tabah mengahdapi dugaan mu..abah mahu aku sentiasa ada depan matanya..permudahkanla urusan kami..permudahkan la segala proses ** pada 28hb tu nanti..

Wednesday, April 6, 2011

off to...

salam...
masih igatkah debaran yang berlaku sebelum ini..
kat fb pon aku da wat status..yang aku takot..pukul 4 petang..hmm..terjawab sudah..
tak pela..aku da cuba sedaya upaya...
akhirnya..semalam aku dok pk..bermesej dengan kak ipar..aku decide..
malam ni..so..aku akan meng"off"kan diri aku  ke mana..wat pe..harusla rahsia kan..
aku hope semua doakan yang terbaik untuk aku..
insyaallah,panjang umur..
minggu depan maybe da leh semula kembali berblogging...
doakan untuk aku ya...
pada kawan2,aku tak akan off hp lg..aku xnk semua risau..
juz maaf kalau aku tak dapat reply msj or jwb call...
bukan aku sengaja ya...
dan jika ada kesalahan yang aku penah lakukan..maafkan aku ya..doakan untuk aku ya...
sekian....