Thursday, February 21, 2013

14 Febuari 2012

Salam...
pada tanggal 14 Febuari 2012 mungkin ada di kalangan kita yang menyambut valentine day. betul kan? dimana sambutan pasangan kekasih yang meraikan cinta mereka. di mana sebagai umat islam kita dilarang untuk menyambutnya. ya allah..aku pernah menyambutnya.. di zaman kejahilan ku. ampuni aku ya allah.. moga aku terus berubah menjadi yang lebih baik.
Alhamdulillah.. pada 14 febuari 2013, tepat pukul 11.21 pagi waktu Malaysia lahirlah pengikat serta pengukuh cinta antara aku dan suami. seorang puteri yang dinamakan Nur Qaisara Rizqi yang bermaksud Cahaya Pemaisuri Rezeki.. puteriku ini ku panggil Rizqi.. dia adalah anugerah allah dan rezeki bagi kami suami isteri. Alhamdulillah. kelahirannya amat mudah. suami menemani seawal aku dimasukkan di dalam dewan bersalin dan sehinggalah aku selamat melahirkan puteri kami. namun atas alas an lain aku ditolak ke dewan bedah. selesai sedar dari pembedahan, badan aku kaku akibat bius.orang pertama yang aku Nampak ketika sedar adalah suami ku. aku tidak dapat bergerak akibat dari kesan bius. perasaan ibu tu amat kuat. Alhamdulillah..jururawat tunjukkan aku bayi kami..terus aku tersenyum. esoknya aku bangun awal.terasa mendapat semangat baru bila si puteri berada di samping aku (malam tu aku tidur tanpa bayi sebab doctor tak benarkan kerana badan masih tak dapat gerak dari kesan bius pembedahan).aku minta jururawat tanggalkan kantung urin sebab aku nak pergi tandas.berkat usaha aku sendiri aku mampu pergi ke tandas tanpa bantuan jururawat seperti sebelum ini.. peluang nak minta balik ke rumah sangat cerah sebab aku dan baby tunjukkan perubahan positif. doctor nak masukkan lagi darah tapi aku menolak sebab aku rasa aku sihat. (muk pucat sangat) namun doctor akhirnya bersetuju setelah aku berkeras.
pada hari yang sama juga keputusan peperiksaan keluar. ya..aku sarat kemudian pergi belajar, ambil 6 subjek untuk 1 semester bagi peringkat master memang amat mencabar..kerja luar merata tempat untuk siapkan laporan.bayangkan dengan bawak perut ni aku ke Tasik Chini sampai ke Langkawi untuk siapkan laporan.gigih kan.alhamdulillah..usaha aku berbaloi bila aku dapat 5A dan 1B+ dengan pointer 3.84. syukur sangat-sangat. suami hadiahkan aku kamera Nikon kerana tugasan dan kerja aku banyak memerlukan kamera untuk setiap laporan yang dihantar. mungkin si suami kasihan tengok aku bawa DsLr ke hulu kehilir dan kamera Olympus pink aku yang rosak kerana di pinjam oleh kawan yang tidak mengaku merosakkanya. mungkin bukan rezeki aku kan. simpan je la kamera tu.hihi.ok lah..sampai sini je aku membebel..puteri dah mula merengek.
sekian, salam

Thursday, February 7, 2013

Hari kedua di hospital

Salam
Sekarang aku masih terbaring atas katil wad.rindu en suami
Macam-macam ujian dah buat.pg tadi je 3botol darah diambil dalam 1masa untuk apa tah.malas aku ambil tau.yang penting anak aku selamat.tangan kanan sukar nak digerakkan sebab dah bengkak hasil dari tusukan jarum tu.redha je hati ni..
Esok pagi doktor nak buat ujian apa tah lagi..kepala aku penin.sarat.tapi tak nak fikir banyak-banyak.buat tekanan darah naik.tak ke naya.elok aku sihat..nanti jadi pulak kena operate.huii..takut..nurse dh datang utuk periksa lagi..
Sekian

Tuesday, February 5, 2013

Bosan jadi orang sakit

Salam semua..syukur alhamdulillah sebab masih lagi berpeluang untuk berblogging.maafla sebab tak rajin nak pos cerita terbaru.sebab masih lemah.sebab pura-pura kuat sebab tak nak risaukan suami tercinta.
Alhamdulillah..adik aku yang tunang tahun lepas dah selamat jadi isteri orang.barakallah intan..aku balik hari.ya.bertolak seaeal 7.30 ke perak.sebab aku tumpang kereta pengarah yang ada jemputan di perak juga.ajak la sekali singgah ke rumah..lepas tu terus ke port dickson sebab suami dan pengarah ada majlis kat sana.tolong-tolong apa yang patut.aku duduk jela.tak kuasa nak jalan kau.dah 38 minggu.sampai rumah selepas maghrib.balik dari perak ke pd..kami sempat buat jamak kat masjid sungkai.penat jangan cakap la..
Ahad pula dalam pukul 7.30 gerak ke pd.program my beutiful malaysia yang dirasmikan oleh Menteri besar Negeri Sembilan.
Hari isnin..aku ade apoinment pukul 9 pagi.9.30 baru aku sampai.wat chekup semua..bayangkan..pukul 11.30 baru selesai.dah la belum breakfast.sakit jantung tunggu semua..aku direfer kepada 2orang doktor.alhamdulillah.tekanan darah ok.yang lain tak ok.nasib aku selamat.doktor nak wardedkan aku sebab malam tu aku tak boleh bernafas.check cik jklmn..lemah.nasib la aku bagitau mungkin aku tak cukup rehat kan.so doktor terima alasan aku
Semalam aku hanya melipat baju..basuh dan jemur baju..gosok baju en suami..pastu terlentang kau..terus dapat amaran akhir kalau tak huny call ambulan terus.hehe..nasib pagi ni suami ada program kat tampin.selamat aku.bukan apa..kesian aku tengok dia balik keje.pergi kerja awal pagi.tak sampai hati nak suruh dia buat kerja tu semua.jadi hari ni aku jadi budak baik.lepak atas katil bertemankan bantal busuk dan novel yang baru beli.rehat sebab memang tak sihat.aku yak sihat xpe.yang penting baby aku sihat.ok..sekian