Sunday, November 25, 2012

Jadual aku

Salam.. Baru selesai buat 2report.alhamdulillah..3lagi bakal menyusul.hehe..meh semak jadual aku ye kawab-kawan..

26.11.12  appoinment dengan doktor
30.11.12 apoinment dengan doktor
30.11.12-2.12.12 pergi gambang pahang.hari keluarga dan inovasi jab penerangan negeri sembilan.
6-9.12.12 fieldwork langkawi. Report marin
15-16.12.12 fieldwork ke melaka utk pnyelidikan
22-29.12.12 study week

See..banyak kan..tap ada gap yang sebelum 22.12.12 tu aku mungkin akan ke johor untuk buat report kualiti udara..
Jangan ingat ibu mengandung 7bulan tak mampu kerja merata okeh.hihi.
P/s : prof suruh kautim dengan baby.kalau lepas habis exam,nak keluar  pun keluarlah..hehe..

T.T   minta-minta lah duit tajaan cepat masuk.makin bankrap aku rasa.bukit kalau selalu ditarah,gondol jugak kan..faham-faham sudah.

Saturday, November 24, 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa

Salam..
Macam biasa aku kan pjj dengan suami.seminggu jumpa 2hari je.tu pun kalau masing-masing sibuk dengan outstation ke..buat fieldwork ke..tak jumpa la jawabnya..hari ni suami puasa sunat.mula-mula aku join jugak.sebab tak sahur.dengan mengandung.pukul1..rasa lemah dah.aku terpaksa berbuka sebab baby.tak kan la aku nak jual ikan kan?kesian anak aku ni.hihi
Minggu lepas aku dah sakit 3hari.terbaring tak bangun.bila jadi macam tu..suami aku lah..sedih muka dia.aku pulak jenis degil tahap maximum.aku tak nak duduk hospital.duduk wad.tolonglah.aku sanggup tahan sakit dari aku kena warded.gila tak gila aku kan.
Ni sakit dah datang balik.ya..salah aku jugak.biarlah..demi baby ni.aku sanggup tahan sakit.sebab kalau aku ambil painkiler..memang akan effect kat baby.ya allah..andai ini mampu menghapus dosa.aku redha.

Thursday, November 22, 2012

Fieldwork

Salam..
Hai semua..lama tak post.setelah bercuti seminggu..kembali ke  ukm tercinta.haha. .cinta la sangat kan.cuti seminggu..misi nak buat kerja.last2 aku terbaring 3hari sebab sakit.hari ke 4 aku gigih kuatkan badan nak buat kerja.sedih sangat bila kerja terbengkalai.tak pelah.mungkin allah nak aku ambil kesempatan yang ada untuk berehat.hari terakhir cuti,suami bawa bercuti d thistle resort and spa.suami nak aku release tension.thanks suami tercinta.. Al-maklumlah..kelas aku sangat penuh.tugasan jangan cerita la.sampai satu tahap aku rasa tak kuat.dengan pengajian..sakit.tapi alhamdulillah..aku redha.anggap itu hanya dugaan kecil untuk menguji aku.semangat yang tak putus-putus dari suami tercinta.yang jaga aku..ya allah..terima kasih atas nikmat ini..
Berbalik pada cerita fieldwork..aku baru pulang dari fieldwork kat tasik chini.indah ciptaan allah..subhanallah..cantik tasik tu tau.aku pergi sana sebab melawat tapak projek pembinaan makmal.so,tugas aku adalah untuk buat report.tengok keadaan tanah,sampel air. Berlumpur kasut aku.maaf..safety boot xmuat.hehe..masih lagi gigih nak buat report.aku ada lagi beberapa report kena siapakn..pelan pembinaan medan selera..safety workplace report lagi.cekal tak cekal la kan..
Lepas ni akan ke langkawi untuk report mikrobiologi pula.lepas tu ke nusajaya johor untuk report.kali ini impak pembangunan.tau legoland?kat situ dan kawasan sekitar kena wat kajian.yang tu kena bentang report kat sana.
Lupa pula suami ajak pegi gambang.dia outstation.ok la kot.teman tap aku buat kerja aku lah.propasal beb..balik langkawi kena present. T.T  



Thursday, November 8, 2012

Sakit

Ya allah..dah 2hari sakit kepala.migrain kot.rase letih sangat.semalam lepas balik dari lab terus tidur.sakit sangat.kalau sujud.rase otak cam bgerak kot.tekan ke mata.rasa nak tercabut bebola mata.sebelum ni aku dah mula muntah2 dan rasa loya.tak tahu la nape..masih belum sembuh ni.
Nak cakap stress dengan report..xjugak sebab dah banyak yang settle.tinggal sikit je lagi.insyaallah boleh siap.ya allah.jika sakit ini penghapus dosa..aku redha..

Friday, November 2, 2012

6 bulan

Alhamdulillah..dah 6 bulan 3hari usia kandungan.makan pun semakin banyak.tak macam sebelum ni. Cuma sama je kalau nasi berlauk,memang lambat la nak makan.loya.tapi kalau yang bergoreng.habis je.hehe.. Demand anak aku ni.tak pela sayang..janji sayang membesar dengan sihat,cukup sifat dan sempurna.mama dan papa  dah cukup syukur pada allah..
Baby pun aktif..lebih-lebih lagi dalam kelas.kalau nak masuk pagi..lagilah.. Pernah aku mengantuk sangat..subuh baby tendang suruh bangun.terkejut mama tau.hehe..
Kerja report macam biasa lah.makin bertambah ada la.aku rasa memang sangat penuh dengan report.tapi aku suke..hehe..kesihatan alhamdulillah..aku memang kena kuat untuk baby tersayang.kalau sakit pun aku sanggup tahan.kejang kaki adalah perkara biasa.cuma sekarang ni makin kerap pula kuku bertukar warna..harap semuanya ok la sampai aku melahirkan baby ni..
Ok lah..kejap je aku menepek kat blog ni.banyak perkara perlu di dahulukan.sekian..

P/s: doakan kami ya.. ;)