Thursday, February 21, 2013

14 Febuari 2012

Salam...
pada tanggal 14 Febuari 2012 mungkin ada di kalangan kita yang menyambut valentine day. betul kan? dimana sambutan pasangan kekasih yang meraikan cinta mereka. di mana sebagai umat islam kita dilarang untuk menyambutnya. ya allah..aku pernah menyambutnya.. di zaman kejahilan ku. ampuni aku ya allah.. moga aku terus berubah menjadi yang lebih baik.
Alhamdulillah.. pada 14 febuari 2013, tepat pukul 11.21 pagi waktu Malaysia lahirlah pengikat serta pengukuh cinta antara aku dan suami. seorang puteri yang dinamakan Nur Qaisara Rizqi yang bermaksud Cahaya Pemaisuri Rezeki.. puteriku ini ku panggil Rizqi.. dia adalah anugerah allah dan rezeki bagi kami suami isteri. Alhamdulillah. kelahirannya amat mudah. suami menemani seawal aku dimasukkan di dalam dewan bersalin dan sehinggalah aku selamat melahirkan puteri kami. namun atas alas an lain aku ditolak ke dewan bedah. selesai sedar dari pembedahan, badan aku kaku akibat bius.orang pertama yang aku Nampak ketika sedar adalah suami ku. aku tidak dapat bergerak akibat dari kesan bius. perasaan ibu tu amat kuat. Alhamdulillah..jururawat tunjukkan aku bayi kami..terus aku tersenyum. esoknya aku bangun awal.terasa mendapat semangat baru bila si puteri berada di samping aku (malam tu aku tidur tanpa bayi sebab doctor tak benarkan kerana badan masih tak dapat gerak dari kesan bius pembedahan).aku minta jururawat tanggalkan kantung urin sebab aku nak pergi tandas.berkat usaha aku sendiri aku mampu pergi ke tandas tanpa bantuan jururawat seperti sebelum ini.. peluang nak minta balik ke rumah sangat cerah sebab aku dan baby tunjukkan perubahan positif. doctor nak masukkan lagi darah tapi aku menolak sebab aku rasa aku sihat. (muk pucat sangat) namun doctor akhirnya bersetuju setelah aku berkeras.
pada hari yang sama juga keputusan peperiksaan keluar. ya..aku sarat kemudian pergi belajar, ambil 6 subjek untuk 1 semester bagi peringkat master memang amat mencabar..kerja luar merata tempat untuk siapkan laporan.bayangkan dengan bawak perut ni aku ke Tasik Chini sampai ke Langkawi untuk siapkan laporan.gigih kan.alhamdulillah..usaha aku berbaloi bila aku dapat 5A dan 1B+ dengan pointer 3.84. syukur sangat-sangat. suami hadiahkan aku kamera Nikon kerana tugasan dan kerja aku banyak memerlukan kamera untuk setiap laporan yang dihantar. mungkin si suami kasihan tengok aku bawa DsLr ke hulu kehilir dan kamera Olympus pink aku yang rosak kerana di pinjam oleh kawan yang tidak mengaku merosakkanya. mungkin bukan rezeki aku kan. simpan je la kamera tu.hihi.ok lah..sampai sini je aku membebel..puteri dah mula merengek.
sekian, salam

No comments: