Tuesday, May 23, 2017

2017

Assalammualaikum

Banyak entry akan menyusul lepas ni akibat dari gian nak menulis sudah kembali dan akibat kebosanan melampau.hehehe..

Wednesday, January 4, 2017

peluang kedua

Assalammualaikum

Hari ni takde benda sangat nak celoteh. korang percaya tak dengan peluang kedua?? well..frankly speaking la kan..wah..cakap omputih gituhh..kikiki..aku percaya pada peluang kedua. contoh paling terdekat dalam kehidupan aku. tak tahu la korang kan.. sebabkan peluang kedua tu buat aku lebih menghargai kehidupan dan buat aku tambah kuat untuk hadapi orang - orang di sekeliling aku.
Aku tak cakap la semua yang hadir dalam hidup aku ni tak bermakna. nampak sangat tipu kan.. jujur, peluang kedua yang Allah SWT bagi pada aku. Nyawa aku. Alhamdulillah..
Masa saat kritikal. Ayat terakhir yang aku ucap dan minta pada Allah adalah peluang kedua untuk aku. Demi Anak-anak dan suami aku. Sebab mereka la kuat. aku bangun menjadi lebih kuat.
Sebab tu juga kalau orang tengok atau aku sendiri ditegur sebab manjakan suami dan ank-anak. I will give anything for them. i will sacrifice apa yang aku ada, diri aku sendiri untuk mereka dan aku sangat-sangat hargai tiap masa yang terluang bersama mereka.

Same goes dalam persahabatan, jika ade kawan aku dulu yang membaca coretan aku ni. aku just nak cakap yang aku sayang korang. ade reason kenapa aku jauhkan diri.. jika aku yang bersalah, please let me know. aku minta maaf. jika ada peluang kedua untuk kita bersama semula, aku harap aku dapat menikmati bersama korang.

Friday, December 2, 2016

jangan pandang belakang

Assalammualaikum


Lama sangat tak update ni..
Just sekarang baru terasa nak menulis balik.
apa khabar semua? harap sihat selalu ye.
title tu bukan untuk entri mistik or misteri nusantara
ni lebih kepada kehidupan.
rasanya tak ramai yang tahu ape yang belaku pada hidup aku sejak kebelakangan ni.
masih lagi berkhidmat sebagai pendidik cuma posting tempat je dah berubah.
aku memang berharap tak nak pandang belakang lagi.
apa yang berlaku,aku anggap tu pengajaran untuk aku dalam berkawan.
alhamdulillah, tempat yang baru ni aku dikelilingi kawan- kawan yang jenis tak ganggu kehidupan kau. jenis yang tak campur peribadi kau.
aku cuma harap aku akan berjumpa org yang baik, kawan yang benar kawan dan better life after this.

#positivethingking
#neverturnback
#allahwithme

Sunday, July 31, 2016

Aktif kembali

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran setelah lama blog ni bersawang.hehe
Setelah menimbang tara, maka aku decide nak kembali berblogging. Mungkin sekadar berkongsi kisah sendiri.mana tau nanti both rizqi akan baca blog ni bila aku takde. Kan..kan.. pastu mesti both of them ketawa mengekeh tengok zaman mama yang punye blog..khennn..
Alhamdulillah..diberi kesihatan yang semakin baik.last chekup bulan jun lepas.. sel- sel itu sudah tidak mengganas. Nak kata free tu tak juga la kan sebab kita tak boleh predict what will happen in future kan.
Sekarang ni masih meneruskan kerja sebagai pensyarah yang inshaallah akan sentiasa mendidik anak bangsa.
Kejadian demi kejadian berlaku dalam hidup ini buat aku lebih kuat.buat aku belajar menjadi lebih baik.memang kita tak dapat nak puaskan hati semua orang buat at least kita dah buat yg terbaik.
Buat pelajar spc mara.. especially my mentee.. mummy doakan yang terbaik untuk anak2 mummy. Semoga berjaya di tempat baru ye..

Wednesday, December 16, 2015

hai.. hai

Hai
Assalammualaikum..
Lama betul tak bersiaran dan blogwalking..
hye blog.. rindunye kat awak.. hihi...
alhamdulillah..masih meneruskan kehidupan..
masih lagi mampu menghadapi cabaran dan dugaan yang datang..
cuma aku hanya manusia biasa..
kadang- kadang lemah..
kadang - kadang terduduk juga..
but end up berbalik pada yang Esa.. pada yang satu..
Allah yang maha mengetahui serta punya perancangan yang terbaik untuk aku..

Alhamdulillah.. punya kerjaya serta keluarga kecil di sisi... buat aku lebih kuat..
walau sebenarnya aku rasa penat.. tapi mereka la terapi aku..
melihat senyum bahagia suami dan anak - anak buat aku rasa puas.
Melihat keletah adik dan kakak yang berebut nak bermanja.. kecerdikan kakak dan adik.. kakak talkative sangat..
walau aku keluar seawal pagi dan pulang dalam gelap malam.. beban kerja semua aku letakkan di luar pintu.. di rumah adalah masa bersama keluarga..
sampaikan tidur 3 jam sehari hanya untuk melayan anak- anak bermain..bersembang..
moga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki buat keluarga kecil kami..
Aamiin

Thursday, March 5, 2015

Aku yang sekarang

Salam. 

Lama sangat bersawang. Bukan tak nak update tapi rasa tak perlu nak kongsi kot. Hehehe
Alhamdulillah.. Kehidupan seperti biasa. Masih kuat meneruskan perjalanan yang telah diatur oleh Nya.
Melihat perkembangan anak- anak.
Melihat senyum suami..
Bahagia aku.. Alhamdulillah
Mohon doa semua semoga aku diberi kesihatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja dengan amanah.
Mohon juga doa kalian supaya aku terus istiqomah dengan penghijrahanku..
Itu je kot..

Sekian, Assallammualaikum

Sunday, September 28, 2014

update anak kedua

salam
dah lama tak jenguk blog ni..bersawang kemain ye..busy dengan tesis.. viva..pembetulan demi pembetulan.mencabar jiwa dan raga la jugak. nasib tak terberanak kau..hehe
dengan engineer JPS kawasan kajian aku yang macam hampagas je..bengang kot.sampai aku kena tukar tajuk..sebabnye drawing rubble wall tu tak ada..so bahagian engineering memang jadi celaru la.. serius aku sampai nak give up.stress giler kau.. tapi alhamdulillah..aku dah habiskan kajian tu.viva dan dh submit pun tesis.dan paling penting dah dapat surat dari senat yang mengatakan layak untuk konvo..ok..setel bab tu..

ni cheq nak inform..aku dah selamat bersalin pada 2 ogos 2014. alhamdulillah..anak lelaki..sepasang dah anak mumy.memang tak jangka sebab masa scan memang tak nampak jantina.
aku masuk wad awal sebab bacaan darah tak ok. dengan aku skip appoinment.banyak giler aku skip.huhu..
induce pukul 8 pagi.pukul 5 air ketuban pecah. sempat la aku makan ayam masak kicap yg suami aku masak.hihi
terus masuk labour room.

alhamdulillah..untuk kelahiran kedua ni suami aku masuk teman aku. yang sambut semua doktor perempuan..tapi baby masa bukaan 7cm dia dah tak sabar nak keluar.teran jela.. pukul 7.12 baby keluar..keluar je semua doktor serentak ucap assallammualaikum baby..masa potong tali pusat pun semua selawat bersama dengan aku.

suami azankan dan iqamatkan.lepas habis je suami iqamat..azan maghrib dari masjid dekat kawasan hospital pulak kedengaran..
alhamdulillah..maha suci allah..allah kabulkan permintaan aku untuk dapat anak lelaki.lepas ni aku akan pasang alat kat tangan untuk elak mengandung dalam masa terdekat atas nasihat doktor.

kami namakan anak teruna ku ini Qaiser Rizqi.. kakak dia kan Qaisara Rizqi.. buat kakak Rizqi dan adik Qaiser..mama dan papa doakan agar anak mama dan papa ini diberikan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang baik, jadi anak soleh dan solehah..mentaati ibu bapa dan org2 tua disekeliling..jadi anak yg berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat. inshaallah..amin..

Tuesday, November 19, 2013

Yes..i want my mum back

Hmm..berat rasa hati ini nak meluah..rasa macam tak percaya tahun depan masuk 5 tahun bonda pergi..
Rasa macam tak puas peluk cium bonda
Rasa sekejap je masa berlalu
Rasa dunia kejam kerana aku kehilangan bonda tanpa sempat dia melihat kami adik beradik berjalan atas pentas dengan ijazah yang diterima
Rasa cemburu bila melihat hubungan ibu dan anak
Aku bangga bonda pergi dengan aman
Impian bonda untuk anak- anak bonda menguruskannya tertunai walau terpaksa menunggu aku
Itu amanat arwah..kata abah
Alhamdulillah
Kalau dapat ku putar masa kembali
Aku takkan jadi anak yang degil..yang belajar jauh darinya..
Ruginya aku..
Masih aku ingat..saat memandikan dan mengkafankan
Aku cakap dalam.hati..
Mak..bangun mak..ina taknak mandikan mak.nanti mak lemas..mak..buka mata mak..anak mak dah balik..ina taknak belajar jauh lagi..ina nak mak!!!

Kala aku taip ni..hati sebak..tanpa sedar airmata turun seperti hujan..
Mak..tenangla mak disana..hanya doa yang ina mampu kirimkan.. In shaa Allah..ina akan tunaikan hajat mak..

Wednesday, November 13, 2013

Maafkan aku

Ya allah
Izinkan hambamu yang hina ini sujud padamu
Aku sedar betapa aku khilaf
Aku sesat dijalanmu
Aku tak kuat
Tanpa sedar aku mula tersasar
Hinanya aku
Dengan dosa-dosaku yang dulu

Ya allah
Aku malu..
Benar..hati mengatakan taubat
Tapi hati tidak membenarkan cara apatah lagi perbuatan

Ya allah
Terima kasih kerana masih beri peluang
Untuk aku bertaubat
Untuk aku perbaiki diri
Saat aku diambil pergi
Kau mendengar permintaanku
Syukur ya allah
Atas peluang yang kau beri
Takkan aku sia-siakan

Ya allah.jika dapat diputarkan kembali waktu.biarlah aku jadi ina si tudung labuh.ina si ustazah.ina yang ambil cos pengajian islam dan sunnah.betapa aku bodoh kerana tolak tawaran pengajian tu..betapa aku bodoh dengan perbuatanku.betapa aku menyesal kehilangan kawan baik angkara mulut orang.aku tau masa tak mungkin akan berpatah balik.ini peluang yang aku dapat kerana aku tau dah tak ada peluang ketiga dan keempat.biarlah aku bahagia dengan perubahan ini.biar aku terus istiqomah dengan yang ada sekarang.mohon kalian doakan aku ya.untuk sentiasa memperbaiki diri dan amalanku.

Tuesday, October 8, 2013

Perasaan

Salam.. Full lab report dah keluar.alhamdulillah.kesihatan bertambah bagus.tapi tak boleh gembira sangat.setakat ni doktor cakap ia bukan kanser but it might boleh jadi.sebab ia boleh attack bila2 masa je.so..should i happy with dis news atau sebaliknya..
Bagi aku..aku tak gembira. Sebab doktor ckp dia pun tak boleh beri jaminan dan doktor siap tanya berapa pain darah masuk..dan..doktor cakap..jika aku mengandung.besar kemungkinan ia akan attack aku semula.hmm..
Aku nak mengandung lagi..sangat..rindu masa mengandung rizqi tapi doktor cakap sgt risiko kat aku..
What should i do?? Berserah pada yang maha kuasa..Sekarang ni aku nk fokus kat thesis.tak nak benda ni menyebabkan mood aku ke laut atau ke sungai.. Serius..aku taip ni pun langsung tak de mood.aku nk rehat..otak perlu rehat.inshaallah..nak ke penang utk release tension dan kerja di jakarta.semua tu kalo xde aral la ye..ok..nak basuh baju 3 trip.demm..i need bibik!! Hehehe

Tuesday, October 1, 2013

Updateceritajangantakcerita

Salam..
Agak lama blog bersawang..ye..saya penternak lelabah dan juga peternak lemak yang berjaya.hahaha..pasal lemak..sila.jangan tanya.nak ku lempang lu bertalu-talu..hahaha
Sebenarnya aku sibuk dengan thesis aku.yelah.orang dah sibuk buat..dah dapat penyelia.aku baru nak mula.buat proposal..ye..aku tak bodoh..aku tak gila.hahaha..buat parodi kejap.hehe..sebab ketua program dah tanya..aku pun laju-laju buat proposal.banyak idea.tapi tak tahu nak pilih mana.akhirnya aku buat yang melibatkan bidang kejuruteraan..ada la sikit..tap ku fokus pada sosioekonomi..hihihi..alhamdulillah..penat marathon 2 hari amat berbaloi.penyelia terima tanpa prejudis dan was-was..alhamdulillah..allah swt permudahkan untukku..hari ni aku nak baca jurnal je.sebab semalam.seharian aku di lab.jammed dan tepu otak aku ni hoi..lagi makin tepu sebab aku kena siapkn thesis dlm masa 3bulan..aku kes lain..sebab aku kena marathon phd pulak lepad ni..inshaallah.kalau xde aral melintang la ye..aku bukan tuhan untuk ramal in the future..jadi aku hanya ikut flow yang dah tertulis oleh Nya..siapalah aku untuk menidakkan ketentuannya..ye kan? Jadi..sila jangan label aku si ulat buku atau si gila belajar ya.tu suka hati aku la ye..sebab aku belajar semua atas tajaan dan biasiswa.kalo rasa menyampah sebab aku ni asyik.dpt tawaran belajar ke..rasa bila baca blog ni buat anda sakit..sila leave dr page saya dengan mengklik ikon X.dikanan atas page ini.sekian

Wednesday, August 28, 2013

Penyusuan secara ekslusif

Qaisara rizqi..
Bila anak mumy besar..jika iki godek2 blog mama..mama nak minta maaf pada rizqi..sebab tak dapat nak susukan rizqi secara ekslusif..bukan mama tak nak..sebab mama takde pilihan.mama terpaksa sayang.
Mama hanya dapat susukan rizqi selama 3bulan. Itu pun tak banyak yang rizqi dapat.mama terpaksa bantu dengan susu formula untuk elak rizqi lapar dan dahaga..
Sebenarnya mama memang bertekad nak susukan rizqi sampai umur 2 tahun.macam2 mama makan..supplement..tapi rezeki rizqi..maaf sayang..
Lepas mama bersalinkan rizqi..mama ada masalah kesihatan..ubat yang mama makan..takut effect kat rizqi.demi rizqi..mama tak makan ubat.tapi hanya dapat bertahan 3bulan..lepas tu mama asyik demam tanpa henti..macam marathon..tak dapat susukan rizqi.tu yang lagi buat susu merundum..
Ingat tak..selepas rizqi umur sebulan lebih..mama fly ke bandung jakarta atas urusan kerja..kemudian ke Langkawi..kemudian ke Krabi..lepas tu susu dah makin sikit..maafkan mama sayang.
Tak lama lepas tu..mama masuk hospital..melalui pembedahan dan pembedahan kecemasan..mama tak minta semua ni sayang..tapi allah berikan mama ujian.tapi mama syukur sangat sebab mama dikelilingi dengan orang yang mama sayang.dilimpahi dengan kasih sayang.Alhamdulillah..
Mama harap rizqi akan kuat macam mama.jadi anak mama yang solehah.yang terpuji akhlaknya..mama nak iki jadi hafizah..inshaAllah..

Lov
-mama-

Saturday, August 24, 2013

Sambungan masuk wad siri 3

Aku mula muntah2..muntah air sebab aku tak makan.aku rasa sakit.aku rasa sejuk sangat.aku ada bagitahu nurse bertugas sebab aku masih di katil yang perlu pemantauan nurse dan doktor yang aku rasa sakit.nurse cakap kesan bius.jadi aku tahan.aku hanya mampu berselawat. Berzikir..kat hospital..bekas student merangkap adik aku iaitu Lau Lee Hong yang teman aku.dia cukup risau sebab muka aku bertambah pucat.mak mertua atau keluarga belah suami datang melawat.
Selepas suami dan keluarga mertua balik.kesihatan aku merundum teruk.aku langsung tak boleh bangun.kalau minum.aku akan muntah tanpa henti.aku rasa semakin sejuk.mungkin nyawa aku masih panjang..doktor datang melawat.masa tu mereka terkejut tengok aku.tekanan diperiksa.darah juga.mereka terkejut sebab semua error.aku memang dah lemah sangat.doktor dari bahagian kecemasan datang ke katil aku.dalam 5 orang.dan mereka marah nurse sebab tak pantau aku sangat.memang tekanan darah semua tak dapat diukur.aku diberi serta merta bantuan oksigen untuk bernafas.doktor mengalami masalah cari urat darah untuk masukkn branula.urat lengan aku kiri kanan hancur sebab dicucuk.aku tau..masa tu aku hanya fikirkan suami..anak..abah.adik bradik kesayangan.aku kena kuat demi mereka.banyak kali aku hampir terlelap.tapi doktor kiri kanan serta jururawat tepuk supaya aku terus sedar.doktor siap marah dan cakap."puan,tolong jangan tidur..nanti puan boleh koma". Serius aku terngiang2 kot kat telinga..akhirnya doktor dapat pasang branula kat kaki.bayangkan. .ada 6 branula dipasang.untuk langkah berjaga2..kemudian doktor siap pasang mesin apa tah kat aku.besar kau..
Kesian suami aku..dia baru sampai rumah.nak makan.tapi terus berkejar ke hospital sebab dapat panggilan kecemasan dari hospital.doktor terpaksa buat pembedahan kecemasan sebab aku boleh dikatakan tenat.suami aku hampir mengamuk kat hospital sebab apa yang berlaku kat aku.masa doktor iring aku kat dewan bedah..siap ada doktor yang jadi runner untuk amek darah dari bank darah..Aku masih ingat.doktor nor azlina.sebelum aku dibius penuh.dia cakap kat aku.inshaAllah aku akan selamat dan dia akan buat yang terbaik.
Alhamdulillah..pembedahan berjaya tapi aku kena la rajin berjumpa pakar untuk pastikn kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.
Semenjak pembedahan ni,aku rasa suami aku makin protective orangnya..dia tak nak aku sakit sebab dia tak nak kalau aku tak de teman dia macam selalu.alhamdulillah..walaupun kesakitan tapi allah masih bagi aku rasa kemanisan hidup ni.syukur alhamdulillah

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah.masih diberi peluang oleh allah swt untuk berpuasa dan merasai nikmat keberkatan bulan ramadhan.
Seperti yang semua maklum.aku menjalani 2 siri pembedahan. Dimasukkan ke ICU..pembedahan ke dua merupakan pembedahn kecemasan yang pihak hospital lakukan.alhamdulillah..aku berjaya puasa.berkat izin allah.aku berjaya bertahan.ya..sepatutnya aku tak dibenarkan puasa.sebab boleh mengundang mudarat pada kesihatan yang belum pulih.tapi kalau dah namanya degil.faham2 jela kan.aku yakin dengan diri aku.sebab paling penting.aku sayang puasa aku..sebab sebelum ni pada september 2009.aku pernah sakit.3 bulan tak boleh bangun.nak bangun kena guna kerusi roda.tapi..aku gigih juga puasa..sayang sangat puasa tu.selagi aku larat.selagi itu aku puasa.melainkan kalau bendera merah datang la kan.hehe..cuma beza ramadhan tahun ni..aku tak dapat sembahyang terawih..tak dapat solat fardu bersama en suami kerana aku solat dengan cara baring.. Isyak tadi aku cuba solat duduk.malangnya tak boleh.jadi sesuatu..jadi.baik aku tak berdegil kan..jadi kawan2..aku mohon doa kalian.doakan aku sembuh supaya aku dapat beribadat kepada allah swt.supaya aku dapat lakukan amal kebajikan dan paling penting..memenuhi impian aku..impian untuk abah dan arwah mak.. Sekian..

Wednesday, July 3, 2013

Anak ku

Salam..
Entri ni sekadar untuk meluah perasaan..
Hmm..tiap kali aku pandang muka anak aku ketika tidur..aku rasa tenang sangat.syukur alhamdulillah.rizqi anak yang kuat.yang sangat memahami mama dia..
Bila aku tatap muka anak..aku rasa bersyukur sangat sebab kelahiran dia mudah.sakit perut nak membuang je..syukur sangat sebab allah swt bagi aku peluang untuk tatap muka anak aku.jaga anak. Walau lepas aku melahirkan anak aku..aku mengalami komplikasi yang agak teruk.siapa sangka kan..alhamdulillah..
Lepas anak dah masuk 4bulan..sekali lagi aku diuji.dengan penyakit yang lain.berjauhan dengan anak.melalui pembedahan.mengalami komplikasi..dimasukkan semula ke ICU. Ntahlah..masa komplikasi kedua..aku dah hampir hilang nyawa.sebab doktor dah tak boleh kesan nadi..teknan darah.semua error..aku betul2 hampir mengaku kalah ketika itu..aku cuma berdoa pada allah supaya beri aku peluang lagi.demi anak dan suami aku..doa aku dimakbulkan allah...dan sekarang pula..setiap kali aku bangun..aku akan pitam.pandangan gelap.kaki mula rasa lemah..buat pengetahuan.aku pernah 3bulan tak dapat berjalan.berkerusi roda..allah beri lagi aku dugaan.aku tau aku kena kuat.demi anak dan suami..serta keluarga tersayang..

Tuesday, July 2, 2013

Masuk wad

Salam..
Maafla.agak lama masa yang diambil untuk post cerita.sebenarnya mood dah ke laut sebab tak sihat.super duper bosan ni..
Oklah..mari kita sambung.hari pertama di wad.doktor pakar buat scan.kemudian jumpa doktor bius pula.bagi penerangan semua.ok..puasa.jangan tak puasa.buat pengetahuan..aku tak makan sangat pun lauk hospital.aduii..bukan berlagak.tapi tekak memang tak boleh terima..jadi..memang aku dah puasa awal..
Lepas maghrib doktor bagi ubat untuk tidurkan aku..pukul 4 pagi nurse kejutkan aku.awal betul.operation aku pukul 10 pagi camtu..layankan jela kan.dah siap-siap.rehat la kat katil.pukul 7 pagi.ada beberapa orang doktor datang check aku lagi.sebab darah kurang kan..
Dalam pukul 11.30..nama aku dipanggil oleh jururawat untuk standby..tuhan je yang tau..aku ditolak ke dewan bedah..pukul 2.30 aku ditempatkan di icu.. Dalam pukul 3 aku ditolak ke katil aku semula
Hmm..kat sini la segalanya bermula.aku hanya minum air.tapi aku muntah..muntah tanpa henti.aku rasa sakit sangat..aku rasa sejuk sangat.walaupun orang rasa panas...
........bersambung


Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman mengandung

Salam...
Tiba-tiba rasa nak mencoret pengalaman mengandungkan baby rizqi.hehe..aku berkahwin pada 25 febuari 2012.bertandang rumah pihak lelaki pula pada 3 mac 2013..
Buat pengetahuan.lepas berkahwin.aku tak tinggal terus dengan suami.aku tinggal kat kondo aku kat mantin.tiap minggu baru jumpa.hehe..selepas kahwin..kami pergi honeymoon ke penang..cameroon..johor dan melaka.hehe..
Camna ye nak cerita..sebenarnya selepas sebulan berkahwin..aku dah rasa lain macam.check upt.negatif..hmm..maybe belum ada rezeki kan..check kat klinik..doktor cakap baru nak jadi..tapi xkuat.so..jatuh cam period..lepas tu aku buat macam biasa.xnak berharap..
Jiran2 dh mula tanya.aku cakap belum ada rezeki.lepas dari kes tu.bila period aku lambat.aku wat xtau je.xcheck pun upt..
Ntah macamana..aku ada la kawan sekerja pensyarah yang rumah dia dekat dengan kedai nasi lemak yang sedap..aku pun kirim la kat dia.saat mereka buka bungkusan nasi lemak..aku dah mula loya.aku rasa nak muntah makan nasi lemak yang super sedap tu..kawan2 ofis dah pelik..lagi 1..aku tak boleh cium bau makanan yg dah dimasak.lebih2 lg dlm aircond.hoooiii..loya nak nangis wa cakap sama lu..selera makan xde..yela..bau makanan wat aku nak muntah..tapi aku tak bgtau mak mertua.aku hanya cakap kat kakak aku..
Kakak aku cakap.jangan heboh2 dulu.tak elok.dah 3bulan baru bgtau.so aku senyapkan dulu.xnak wat upt dulu.sebab takut tengok result. Last2 masa suami outstation kat melaka..aku beli kit upt tu senyap2..pagi2 aku test..takut nak tengok.2 line.tap line kedua tu kabur.okeh..xpe..sabar dulu..suami balik outstation melaka.aku bagitau.tapi dia pun cakap nant buat lagi...ntah minggu ke berapa.suami outstation kat pahang.kali ni lama..sebab dia g terengganu sekali..bertugas untuk sukma.. Balik dari ofis.aku ajak kawan makan kat pizza.sebab tekak i sangat teringin spageti bolognese meatball.belanja kawan sekali.g watson.beli kit upt tu senyap2..esok pagi aku test..kali ni 2 line sangat jeles.aku dh mengucap syukur sangat2.tangkap gambar.hantar kat suami.. Suami balik outstation.aku pergi scan kat pakar wanita.scan je rm150.hahahaha..time tu.ya allah..allah je tau perasaan aku dan suami.doktor cakap baby aku dh besar.dalam 3bulan.siap kaki dia main kayuh2 dalam tu.hehe..alhamdulillah.dah selamat lahirkan baby rizqi.budak kecik yang comel yanh suka tendang2 dalam perut mama kini dah ada depan mata.alhamdulillah ya allah.kerana memberikan aku kesempatan untuk merasai kemanisan ini..terus membesar dengan sihat,kuat dan bijak anak mama dan papa..mama dan papa sayang rizqi sangat2.

Friday, June 14, 2013

Masuk wad

Salam..ahad lepas..9 jun aku pagi2 lagi dah masuk wad.duduk di katil AcUTE.. Sabar jela..sangat bosan.dapat la kawan sebelah katil.akak tu tak biasa kot.mungkin sebab tengok aku rilek je..memang rilek.padahal..allah je yang tau.sedih berpisah dengan suami dan baby rizqi..
Oleh sebab aku dah banyak kali berkampung atau senang cerita masuk wad banyak kali.. Sebenarnya boleh je buat siri2 ni..ni kira siri 1 ye.yang lepas2 tu aku tak nak cerita.yang ni aku cerita sebab dahla takde simptom.tau2 aku ada penyakit ni..
Aku ni jenis degil.doktor suruh rehat.aku pegi jalan2..main game.online la.tak reti duduk diam.doktor periksa.darah aku rendah.aku dah..wut..habislah aku..ada cerita lagi.sabar..jadi dokter ambil keputusan tidurkan aku.hah kau..nyeyak..rasa tak nak bagun..doktor..pliss..tidurkan i lagi.hehe..ok lah..nanti aku sambung lagi..masih sakit ni..adios..salam

Sunday, May 12, 2013

Berubah..perubahan

Alhamdulillah..segala puji -pujian pada allah swt sebab masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menjalankan kehidupan..
Manusia berubah seiring dengan perubahan masa.mungkin ada yang belum terbuka pintu hatinya untuk berubah..alhamdulillah..allah tu maha penyayang.cepat dia beri aku hidayah dan petunjuk untuk berubah.aku tak malu nak beritahu yang aku memang jahil sebelum ni.aku tersesat tapi aku cepat nampak jalan pulang.syukur alhamdulillah..aku tak bangga dengan diri aku yang dulu.ya..mungkin orang cakap itu hal aku..yang penting aku skorer dalam ujian.ada pekerjaan yang bagus.tapi aku malu
.aku macam pura -pura.pergi kelas pakai tudung sedangkan kat luar pakai seluar pendek.skirt pendek..Nauzubillah..ya..ayah aku yang tanggung dosa aku sebelum aku akil baligh..iman tu tak pernah diwarisi sedangkan aku tau nenek aku guru agama yang dikenali..kalau kamu kenal aku 8 tahun yang lepas.aku bukan begini.aku masih tersesat..ya allah..aku bersyukur..aku nampak jalan pulang.aku ubah segalanya sebelum terlambat.aku tak mungkin akan jadi diri aku yang dulu..aku akan pastikan aku yang dulu tak wujud..biarlah aku jadi diri aku yang sekarang.yang lebih baik dan paling penting.aku tak nak suami aku masuk neraka sebab aku..anak dan suami aku lah syurga aku sekarang.dan aku tak pernah marah pada allah atas apa yang berlaku..aku redha dengan ujian yang diberi..

Saturday, April 27, 2013

Ujian allah datang lagi

Salam..
Kita bersiaran dari rumah..hehe..dah lama tak update semenjak mood ke laut..semenjak pulang ke tanah air..banyak cerita sebenarnya..tapi kali ni aku terpaksa akur dengan ujian yang allah beri.
Sejak aku zaman sekolah aku memang tak tinggal dengan keluarga.duduk hostel.keluar hostel..duduk rumah sewa ramai2..masa tu zaman sekolah.rasa nak berdikari la kanon.hehe..sumpah panjang berjela mukadimah aku kan.ade aku kesah kau mak esah???harap maklum.mental aku tak sihat.hehe..
Mehla aku cerita straight to the point.maaf..english aku tak teror cam kau.maapkan hamba ye..bermula aku mewakili daerah untuk pertandingan bola jaring..aku didignose ada anemia.ala.penyakit kurang darah.masuk universiti.masa training wakil uni bola tampar.berlaku sesuatu yg tak dijangka.doktor syak aku ada talasemia dan ada kecatatan atau lubang di....biarla aku rahsia yg itu.alhamdulillah aku dah recover dan masih tak boleh buat kerja berat sebab akan beri tekanan pada fungsinya.
See..aku tanggung sorang2 dari kejauhan dan kawan2 banyak membantu.sebab tak nak menyusahkan kelurga.ya.aku seorang yang punya cita2 dan visi yang tinggi.aku tak kan biarkan sakit atau kesedihan buat hidup aku tak terurus.aku seorang yang positif.aku sentiasa pegang kata2 ya allah takkan uji hambanya jika hambanya itu tidak mampu harunginya..dan..sekali lagi allah memilih aku untuk diuji..aku yakin aku kuat.aku perlu kuat untuk baby rizqi dan suami aku.dimana aku sendiri tundakan tarikh pembedahan atas sebab urusn tugas.aku yakin allah akan bantu aku walau doktor cakap ketumbuhan tu membesar dengan cepat.aku tau risiko yang bakal jadi tapi aku rasa aku mampu bertahan.
Kepada kawan2 atau silent reader blog aku ni.aku mohon kalian doakan kesihatan aku dan pembedahan tu berjaya..
Buat masa ni hanya suami dan keluarga serta bekas student aku merangkap adik angkat iaitu lau lee hong yang tempat aku mengadu..doakan aku kuat untuk harungi semua ini ya..hidup perlu diteruskan..positif..senyum..