Sunday, October 16, 2011

bersyukur dan belajar menghargai

Salam..
lama juga lah blog saya ni bersawang..masih ada ke yang sudi menjengah? hihi..hari saya saja nak cerita sikitlah pasal bersyukur dan belajar menghargai.. entahlah..kalau korang tengok kat sekeliling kita, kita pasti akan bertemu dengan insan-insan yang tak reti menghargai..dan saya juga mengakui..kadang-kala saya pun alpa dan terlupa..namun cepat-cepat saya padamkan omelan kat mulut ni..hihi..saya pun tak faham..dengan makanan pun orang tak reti bersyukur..waima walaupun dah sihat pun tak reti bersyukur..bagi saya mudah saja..pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya saya bersyukur dengan nikmat yang diberi..bersyukurlah dengan akal yang diberikan allah kepada kita..jangan menyalahkan takdir andai anda tidak berjaya mahupun anda kalah..mungkin nasib tidak menyebelahi anda ataupun anda tidak cukup berusaha untuk mencapai apa yang ingin anda kecapi..
alhamdulillah..saya bersyukur dengan nikmat yang diberi..cukuplah nikmat berjalan,makan saya ditarik..secara jujur..saya pernah berputus asa di saat saya terlantar sebulan di atas katil..semua yang kita nak makan,terpaksa berpantang untuk kesihatan..nah..masa tu allah benar-benar menguji saya dengan ditarik nikmat kesihatan..nak ke tandas terpaksa dipapah,dimandikan..berkerusi roda..makan hanyalah bubur..masa tu saya dah tak nampak dunia..bayangkan hari lahir dan hari raya pertama saya sambut dengan terlantar di atas katil..sangat sedih..tapi saya bertekad untuk lawan rasa sakit..motivasi diri bahawa saya boleh bangun dan boleh berjalan dan pergi ke mana sahaja yang saya suka..alhamdulillah..saya tahu allah hanya ingin menguji..saya benar-benar bersyukur dengan peluang dan nikmat yang diberi..oleh itu,saya belajar menghargai dan akan terus menghargai setiap perkara yang terjadi dan jadikan ia sesuatu yang berharga dalam diri..kawan-kawan,adik-adik yang disayangi..jangan merungut mahupun marah jika kamu merasa kecewa,jangan mengomel andai tidak berpuas hati..bersyukurlah dengan setiap yang diberi..insyaallah,pasti akan ada yang lebih baik menanti anda semua selepas ini.. sekian

No comments: